[VIDEO] Nahas bas: Kerajaan beri bantuan tambahan RM10 ribu, lupus pinjaman PTPTN mangsa terkorban

June 11, 2025

Menteri Komunikasi merangkap jurucakap kerajaan, Fahmi Fadzil, berkata dalam mesyuarat Kabinet hari ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim memaklumkan setiap keluarga mangsa yang meninggal dunia dalam insiden kemalangan bas di Gerik, Perak akan menerima bantuan tambahan sebanyak RM10,000.