[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil

February 13, 2026

Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan 5.2 peratus pada 2025, melepasi unjuran rasmi kerajaan dan anggaran awal yang diumumkan sebelum ini.

Prestasi itu juga sedikit lebih tinggi berbanding pertumbuhan 5.1 peratus yang direkodkan pada 2024, menandakan momentum pemulihan ekonomi negara kekal kukuh dalam persekitaran global yang tidak menentu.