Datuk Seri Aminuddin Harun mengakui berdepan cabaran besar untuk menawan kerusi berkenaan yang disifatkannya sebagai kubu kuat Barisan Nasional.
Beliau berkata, usaha untuk memenangi DUN Linggi bukan sesuatu yang mudah, namun bersedia bekerja keras sepanjang tempoh kempen.
“Saya tak kata itu mudah tetapi ini satu cabaran dan saya sendiri menawarkan diri saya kepada kepimpinan untuk saya turun ke Linggi sendiri.
“Saya kata saya cuba kalau saya kena berlari untuk memperjuangkan dan untuk menang DUN Linggi,” katanya.