Ekonomi Malaysia terus menunjukkan prestasi positif apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2025 dijangka mencapai kadar 4.9%, melebihi unjuran rasmi antara 4% hingga 4.8%. Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata pencapaian ini adalah hasil kerjasama semua pihak termasuk pelabur, peniaga, serta kestabilan politik negara.