[VIDEO] Jangan pandang rendah kemampuan anak muda: Mukhlis

November 12, 2026

Calon termuda Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Mukhlis Mubin menegaskan anak muda perlu diberi ruang lebih besar dalam politik negara dan tidak seharusnya dipandang rendah hanya kerana faktor usia serta pengalaman.

Berusia 25 tahun, calon Parti Amanah itu berkata, pelbagai kritikan, cercaan dan tuduhan dilemparkan terhadapnya sejak pengumuman calon, namun menganggap perkara itu sebagai gambaran kebimbangan pihak tertentu terhadap kebangkitan generasi muda.

Menurutnya, penyertaan anak muda dalam politik bukan sekadar untuk memenuhi ruang kepimpinan, sebaliknya membawa pendekatan baharu yang lebih menumpukan prestasi, pembangunan dan kepentingan rakyat.