Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, mendedahkan Malaysia telah berjaya menyekat kemasukan algoritma propaganda rejim Zionist Israel yang berleluasa di beberapa negara lain.
Kejayaan ini adalah hasil daripada usaha pencegahan dan proaktif yang dilaksanakan oleh kerajaan serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang sentiasa memantau tren-tren tertentu bagi menyekat kemasukan propaganda oleh regim tersebut.