Khalid Samad mendakwa BN dan PN terus memainkan naratif “hantu DAP” kerana gagal menandingi rekod pentadbiran Pakatan Harapan di Negeri Sembilan mahupun di persekutuan.
Beliau berkata PH menawarkan prestasi dan pencapaian kerajaan sebagai sandaran kempen, manakala PN memilih untuk menakut-nakutkan pengundi dengan sentimen perkauman dan agama.