Walaupun orang tarik brek pasal pelaburan, tapi negara rekod RM90 bilion: PMX

June 12, 2025 · Isu semasa

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyifatkan pencapaian pelaburan diluluskan sebanyak RM89.8 bilion sebagai sesuatu yang memberangsangkan dan membuktikan keyakinan pelabur terhadap keupayaan negara.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata rekod suku pertama pelaburan yang tinggi disumbang faktor kestabilan politik dan dan keupayaan guna tenaga negara walaupun dunia sedang berdepan dengan ketaktentuan geopolitik.

”Tetapi Malaysia menyaksikan pada suku pertama 2025, pelaburan yang diluluskan RM89.8 bilion maknanya peningkatan. Dalam keadaan orang tengah tarik brek pasal pelaburan,” ujar beliau.

Anwar juga berkata, daripada jumlah keseluruhan pelaburan yang diluluskan iaitu RM30.5 bilion melibatkan sektor pembuatan.

“RM30.5 bilion merupakan sektor pembuatan melibatkan 207 projek dan dijangka akan mewujudkan 18,317 peluang pekerjaan.

“Apa kaitannya dengan TVET? Kategori pengurusan, penyeliaan dan teknikal tertinggi iaitu peningkatan 44.2 kepada 44.3 peratus,” kata Anwar semasa berucap pada Hari TVET Negara di Melaka.

Terdahulu dalam satu kenyataan pada Rabu, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berkata pelaburan ini merangkumi 1,556 projek dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan utama yang dijangka menjana lebih 33,300 pekerjaan baharu untuk rakyat negara ini.

“Jumlah pelaburan ini mencerminkan keyakinan berterusan para pelabur terhadap dasar yang jelas serta asas jangka panjang negara, bertentangan dengan aliran pelaburan global yang lebih berhati-hati akibat ketidaktentuan geopolitik dan makroekonomi serta persaingan global yang semakin sengit untuk mendapatkan pelaburan baharu.

“Pelaburan asing mendominasi landskap pelaburan, dengan sumbangan RM60.4 bilion atau 67.3 peratus daripada jumlah pelaburan, manakala pelaburan tempatan kira-kira RM29.4 bilion atau 32.7 peratus,” katanya.

Selain peluang pekerjaan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz berkata peningkatan indeks Pengurusan, Teknikal dan Penyeliaan (MTS) kepada 46.3 peratus daripada 44.2 peratus bagi tempoh yang sama tahun lepas mencerminkan kejayaan negara ini dalam mewujudkan pekerjaan berkemahiran tinggi dan gaji yang lebih baik.

Berita berkaitan
Siasatan FELDA, TH bukan soal dendam tapi rasuah mesti dihentikan: Anwar
September 6, 2026· Politik
Baja lambat sampai, Anwar arah SPRM siasat
September 6, 2026· Isu semasa
SMART berlepas ke Nepal, cari mangsa tanpa kira negara
September 5, 2026· Isu semasa
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
September 4, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kad UNHCR bukan lesen langgar undang-undang Imigresen
4 jam lalu · Isu semasa
MCMC diminta sekat jualan dadah dalam talian: Fahmi
12 jam lalu · Isu semasa
Zahid, Fahmi akan bawa isu PKD-NADI ke Kabinet sebulan lagi
14 jam lalu · Isu semasa
Zahid nafi KKDW terlebih belanja projek jalan luar bandar
14 jam lalu · Isu semasa
Jerebu makin teruk, KPM benarkan anak tak ke sekolah
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok