Ketua Penerangan Parti Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz.
Ketua Penerangan Parti Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz, menegaskan Wan Saiful Wan Jan perlu membersihkan namanya berhubung isu akuan bersumpah (SD) di hadapan Lembaga Disiplin parti dan bukan melalui sidang media.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan sidang media yang diadakan oleh Wan Saiful yang menafikan dakwaan pengumpulan SD melibatkan 120 Ketua Bahagian bertujuan untuk mendesak Presiden parti, Muhyiddin Yassin supaya meletakkan jawatan.
Tun Faisal mempersoalkan tindakan Wan Saiful berunding di khalayak ramai dan menegaskan proses disiplin harus dijalankan secara tertutup dan teratur.
“Tempat terbaik untuk membersihkan diri dan mengemukakan bukti-bukti berkaitan aduan tersebut adalah di hadapan Lembaga Disiplin, bukan dalam sidang media,” katanya dipetik laporan media.
Beliau bagaimanapun mengakui satu perkembangan positif apabila Wan Saiful akhirnya mengaku menjadi individu yang mengumpulkan SD tersebut.
“Bagus, kerana akhirnya Wan Saiful mengakui dia yang mengumpulkan SD dan dia juga mengesahkan bahawa 120 SD bukan untuk mendesak Muhyiddin berundur,” katanya sambil menambah setiap aduan disiplin perlu disertakan dengan bukti dan saksi yang kukuh.
Sebelum ini, media melaporkan Wan Saiful dan tiga lagi ketua bahagian akan dihadapkan ke Jawatankuasa Lembaga Disiplin berhubung dakwaan mereka mengumpul SD bagi mencadangkan peralihan kepimpinan parti kepada Timbalan Presidennya.
UMNO akan teruskan usaha penyatuan Melayu, tak perlu layan kritikan: Johari
Kembalinya Hishammuddin, Khairy suntik keyakinan baharu kepada BN: Ka Siong
Hadi disaran muhasabah diri, bersihkan diri daripada bisikan syaitan: Razlan
PAS akan ambil jawatan Ketua Pembangkang, ganti Hamzah: Samsuri
SPR nafi tarikh PRU-16 tular
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan