Wan Saiful perlu kosongkan kerusi parlimen Tasek Gelugor, gesa AMK P. Pinang

October 15, 2025 · Politik

Sayap Pemuda PKR (AMK) Pulau Pinang menggesa Wan Saiful Wan Jan agar meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Tasek Gelugor berikutan pemecatannya daripada Parti Bersatu.

Ketua AMK Pulau Pinang, Muhammad Zakwan Mustafa Kamal, dalam satu kenyataan berkata pemecatan Wan Saiful oleh Lembaga Disiplin Bersatu itu membuktikan kepimpinan parti sendiri sudah hilang kepercayaan terhadap integriti beliau.

“Seseorang yang dipecat oleh partinya sendiri atas isu disiplin dan kredibiliti tidak wajar lagi memegang jawatan sebagai ahli parlimen, apatah lagi bercakap atas nama rakyat,” tegas Zakwan.

Beliau turut menekankan kes rasuah yang sedang dihadapi Wan Saiful berkaitan skandal Jana Wibawa dikhuatiri menjejaskan imej institusi Parlimen dan kawasan Tasek Gelugor.

“Tindakan paling bermaruah untuk dia adalah dengan mengosongkan kerusi Parlimen Tasek Gelugor serta membuka ruang kepada pilihan raya kecil. Ini bagi membolehkan rakyat memperbaharui mandat mereka secara demokratik dan adil,” katanya.

Terdahulu, Lembaga Disiplin Bersatu mengumumkan pemecatan Wan Saiful, serta empat ketua bahagian parti, dan menggantung keahlian Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal untuk satu penggal atas dakwaan melanggar perlembagaan parti serta Kod Etika dan Tatakelakuan.

Walaupun lembaga itu tidak menjelaskan secara terperinci jenis pelanggaran yang dilakukan, difahamkan tindakan terhadap mereka berkaitan dengan usaha terbaru untuk menekan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin supaya menyerahkan kepimpinan parti kepada timbalannya, Hamzah Zainudin.

Berita berkaitan
Kembalinya Hishammuddin, Khairy suntik keyakinan baharu kepada BN: Ka Siong
6 jam lalu· Politik
AMK: Kenyataan PM berhubung kesan ekonomi global perlu dipandang serius
March 12, 2026· Politik
Rumah bangsa UMNO terima respons positif: Mat Maslan
March 10, 2026· Politik
Mas Ermieyati dan Ronald digantung keahlian Bersatu dua penggal
March 10, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
UMNO akan teruskan usaha penyatuan Melayu, tak perlu layan kritikan: Johari
5 jam lalu · Politik
Hadi disaran muhasabah diri, bersihkan diri daripada bisikan syaitan: Razlan
March 14, 2026 · Politik
PAS akan ambil jawatan Ketua Pembangkang, ganti Hamzah: Samsuri
March 14, 2026 · Politik
SPR nafi tarikh PRU-16 tular
March 13, 2026 · Politik
Desakan RCI mafia korporat hanya ‘Drama Politik’ DAP: Ahmad Fadhli
March 13, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok