Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi.
Pendedahan terbaharu bahawa Parti Bersatu menanggung keseluruhan kos pilihan raya Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) didakwa mendedahkan punca sebenar PAS meninggalkan kerjasama dengan UMNO dalam Muafakat Nasional (MN).
Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki, menyifatkan ia mengesahkan desas-desus yang lama berlegar di kalangan pemimpin selepas pendedahan belanja yang dikeluarkan Bersatu bagi menjalankan kempen PRU-15 lalu.
“Patutlah PAS sanggup meninggalkan UMNO dalam MN untuk bersama Bersatu mendaftar dan menubuhkan PN.
“Memang waktu itu lagi ramai yang memberikan maklumat bahawa Bersatu menawarkan bantuan kewangan kepada PAS untuk menghadapi PRU-15,” kata Asyraf.
“Justeru, hari ini apabila bekas setiausaha politik kepada Pengerusi PN sendiri mendedahkan segala perbelanjaan PN termasuk calon PAS ditanggung Bersatu, ia hanya mengesahkan cakap-cakap waktu itu,” tambahnya lagi.
Kenyataan itu dibuat susulan dedahan bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Muhyiddin Yassin, Dr Marzuki Mohamad, yang mengakui Bersatu membiayai penuh kos PRU-15 untuk PN.
Menurut Marzuki, anggaran kos minimum bagi satu kawasan Parlimen boleh mencecah RM1 juta, dengan jumlah sebenar mungkin lebih besar.
Beliau menjelaskan PAS tidak menghadapi masalah kewangan kerana semua peralatan pilihan raya disediakan oleh PN.
Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PAS, Muhammad Sanusi Md Nor, baru-baru ini mendedahkan kos untuk mempertahankan satu kerusi Parlimen pada PRU-16 dijangka mencecah sehingga RM1 juta, terutamanya jika menghadapi cabaran teknologi.
Pendedahan ini diramalkan akan menimbulkan kesan besar terhadap dinamik hubungan politik antara parti-parti dalam PN.
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
Seorang MKT UMNO persoal gesaan ganti Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
PH-BN mungkin runding kerusi elak pertembungan di Melaka: Saifuddin
Gobind mahu peruntukan Ahli Parlimen bebas diskriminasi
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri