Warga emas didakwa buat hantaran jelik terhadap Agong

July 4, 2025 · Isu semasa

Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sepang atas pertuduhan membuat penghantaran komunikasi bersifat jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menerusi akaun Facebook miliknya pada Februari lalu.

Bagaimanapun, tiada sebarang pertuduhan dibacakan terhadap lelaki berumur 61 tahun itu memandangkan dia mengalami masalah kesihatan dan pendengaran.

Hakim Ahmad Fuad Othman membenarkan tertuduh menjalani penilaian psikiatri sebelum sebutan semula kes ditetapkan pada 15 Ogos depan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Fadhli Ab Wahab bersama Pegawai Pendakwa MCMC Mohamad Azmir Mohd Razali.

Pada 20 Jun lalu, mahkamah mengeluarkan waran tangkap selepas tertuduh gagal hadir ke mahkamah sebanyak dua kali.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau

kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. – Bernama

Berita berkaitan
JMF buat penampilan sulung, meriahkan Hari Kebangsaan: Fahmi
4 jam lalu· Isu semasa
Lebih 1,500 warga Papar sertai kempen Internet Selamat
August 22, 2026· Isu semasa
Ancaman scam makin membimbangkan, 5,944 laporan dalam empat bulan: Nie Ching
August 22, 2026· Isu semasa
MCMC buru dalang vandalisme, curi aset telekomunikasi di Sabah hingga rugi RM17.3 juta
August 20, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Ringgit terus mengukuh, data ekonomi jadi pemangkin
4 jam lalu · Isu semasa
Lapan termasuk pempengaruh direman kes tutup lebuh raya untuk lumba haram
4 jam lalu · Isu semasa
Insiden bom Selatan Thailand, rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan
23 jam lalu · Isu semasa
Kos sara hidup, pelaburan jadi fokus Belanjawan 2027: Fahmi
August 23, 2026 · Isu semasa
Mekanisme subsidi diesel bakal ditambah baik: Armizan
August 22, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok