Waytha Moorthy mohon maaf kepada Anwar berhubung isu fitnah dilemparkan

November 8, 2025 · Politik

Pengerusi Parti Pembangunan Malaysia (MAP), P. Waytha Moorthy memohon maaf secara terbuka kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berikutan kenyataannya yang mengaitkan keputusan tidak melanjutkan tempoh perkhidmatan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, dengan niat tersembunyi.

Dalam satu kenyataan, Waytha Moorthy mengakui dakwaannya sebelum ini adalah tidak tepat dan menjelaskan dia tersilap menyatakan bahawa Anwar tidak melanjutkan tempoh perkhidmatan Tengku Maimun atas alasan penghakiman lampau melibatkan Perdana Menteri.

“Saya secara silap menyatakan (Anwar) tidak melanjutkan tempoh perkhidmatan bekas Ketua Hakim Negara (Tengku Maimun Tuan Mat) kerana dia sebelum ini pernah memberikan penghakiman melibatkan (Anwar) dalam kes di Mahkamah Rayuan, berdasarkan maklumat yang disampaikan kepada saya sebelumnya,” katanya dalam kenyataan.

Namun, setelah menyemak rekod rasmi kehakiman, beliau mendapati Tengku Maimun tidak pernah terlibat dalam panel hakim bagi kes rayuan berkenaan.

“Namun, selepas menyemak rekod rasmi kehakiman pagi ini, saya mendapati bahawa (Tengku Maimun) tidak pernah menjadi sebahagian daripada mana-mana panel hakim dalam kes rayuan (Anwar),” jelasnya.

Waytha Moorthy yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut memohon maaf kepada Tengku Maimun.

Beliau menegaskan mengambil tanggungjawab sepenuhnya dan mengakui kenyataannya itu “tidak benar” serta berlaku akibat “kesilapan tanpa niat buruk” di pihaknya.

“Saya dengan ikhlas memohon maaf kepada (Anwar) atas kesilapan fakta ini serta sebarang salah faham atau persepsi negatif yang mungkin timbul terhadapnya akibat kenyataan saya,” ujarnya.

Beliau juga berharap agar pihak yang telah menyebarkan kenyataannya yang terdahulu akan memadamkan kandungan tersebut bagi mengelakkan penyebaran maklumat yang tidak tepat.

Permohonan maaf ini dilihat signifikan memandangkan Waytha Moorthy sebelum ini dikenal sebagai pengkritik lantang terhadap Anwar, termasuk memulakan tindakan undang-undang untuk mempertikaikan kesahihan status Anwar sebagai Perdana Menteri.

Tengku Maimun telah bersara wajib pada 1 Julai lalu setelah memegang jawatan Ketua Hakim Negara sejak 2 Mei 2019.

Berita berkaitan
Kamil: Saya cuma ikut PM jalankan tugas rasmi, dakwa jadi mangsa fitnah
8 jam lalu· Politik
Pelaburan KWAP rugi RM200 juta perlu disiasat: PMX
12 jam lalu· Isu semasa
PM ucap tahniah kepada Nur Jazlan dilantik semula Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara: Bernama
12 jam lalu· Politik
Kerajaan pertimbang naikkan STR dan SARA dalam Belanjawan 2027: PMX
July 19, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
UMNO jamin tiada ‘tebuk atap’ hingga PRU16
1 jam lalu · Politik
Akmal pertahan penyatuan parti Melayu selepas disindir UMNO cium ‘tapak kaki’
3 jam lalu · Politik
Marzuki dakwa UMNO jatuhkan kerajaan Muhyiddin
7 jam lalu · Politik
PH tolak dakwaan krisis pemilihan calon Chuah
7 jam lalu · Politik
AMK Selangor gesa PH kaji semula kerjasama dengan BN
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Aminuddin akui laluan tak mudah, sanggup berlari untuk tawan DUN Linggi, kubu kuat BN
July 18, 2026
[VIDEO] Hari penamaan calon PRN N9 di Linggi, Lukut, Chuah, Sri Tanjung dan Bagan Pinang
July 18, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok