Ketua Penerangan AMK, Danish Hairudin.
Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi disaran menyelesaikan terlebih dahulu persoalan berkaitan integriti yang masih berlegar di mahkamah sebelum bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri ke-11 selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).
Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Danish Hairuddin berkata, perkara itu penting bagi memastikan mana-mana pemimpin yang mahu menerajui negara mendapat keyakinan penuh rakyat.
Menurutnya, masih terdapat proses perundangan berkaitan keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Ahmad Zahid dalam kes Yayasan Akalbudi.
Beliau berkata, Mahkamah Persekutuan dijadualkan mendengar pada 8 Oktober ini permohonan Ahmad Zahid dan Peguam Negara untuk mendapatkan kebenaran merayu dalam prosiding berkaitan cabaran Badan Peguam Malaysia terhadap keputusan berkenaan.
“Saya tidak mahu mendahului mahkamah dan kita mesti menghormati proses undang-undang.
“Tetapi jika benar ada cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri, saya fikir adalah lebih baik segala persoalan yang masih membayangi integriti seseorang pemimpin diselesaikan terlebih dahulu melalui saluran undang-undang,” katanya.
Danish berkata, AMK menghormati hak setiap parti untuk menentukan calon Perdana Menteri, namun keputusan akhir mengenai kepimpinan negara tetap bergantung kepada mandat rakyat.
Katanya, seorang Perdana Menteri bukan sekadar memerlukan sokongan politik untuk membentuk kerajaan, sebaliknya perlu memiliki keyakinan rakyat terhadap kepimpinan dan integritinya.
“Soal siapa yang mahu dicalonkan sebagai Perdana Menteri selepas PRU akan datang adalah hak setiap parti dan gabungan politik dan tidak perlu mendahului keputusan rakyat.
“Namun, sesiapa sahaja yang bercita-cita memimpin negara perlu memahami jawatan Perdana Menteri bukan sekadar soal mempunyai sokongan politik. Ia turut membawa persoalan integriti, keyakinan rakyat dan imej Malaysia di mata dunia,” katanya.
Danish turut mengaitkan kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang menyifatkan ucapan Ahmad Zahid pada Perhimpunan Agung UMNO 2026 sebagai ucapan seorang *“prime minister in waiting”*.
“Apabila Khairy Jamaluddin sendiri menyifatkan ucapan Presiden UMNO sebagai ucapan seorang ‘prime minister in waiting’, maka saya fikir wajar juga persoalan mengenai integriti yang masih menjadi perhatian masyarakat diberikan penyelesaian yang jelas melalui proses undang-undang,” katanya.
Pada Perhimpunan Agung UMNO 2026 sebelum ini, Ahmad Zahid mengulangi gesaan supaya PRU16 diawalkan dengan keyakinan UMNO mampu menerajui kerajaan melalui sokongan rakyat.
Ahmad Zahid sebelum ini berdepan 47 pertuduhan berkaitan Yayasan Akalbudim, bagaimanapun pada September 2023, Mahkamah Tinggi melepas tanpa membebaskannya daripada semua pertuduhan berkenaan.
Perkembangan kes itu masih menjadi perhatian susulan usaha mendapatkan kebenaran untuk meneruskan proses rayuan.
Belanjawan 2027: Bantuan rakyat perlu disusuli peningkatan pendapatan
PKR lapor polis isu sindiran ayat al-Quran oleh Eric See-To
Akmal kecam sindiran Eric See-To terhadap istilah ‘lighad’, jangan perlekeh al-Quran
Mat Sabu: Jadikan krisis Negeri Sembilan pengajaran buat pengundi PRN Melaka
Parlimen: 19 kes DNAA libatkan 12 ahli politik sejak 2010
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum