Zambry gesa henti polemik isu DAP, pertahan pendirian MB Johor

June 9, 2026 · Politik

UMNO menggesa semua pihak supaya tidak melatah atau bertindak keterlaluan dalam mengkritik pendirian Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi yang menyatakan tidak mahu bekerjasama dengan DAP selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Setiausaha Agung UMNO, Zambry Abd Kadir berkata kenyataan Onn Hafiz itu perlu dilihat dalam konteks perbezaan prinsip dan pertimbangan politik, bukannya melalui lensa perkauman seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Menurut beliau, Onn Hafiz sepanjang menerajui pentadbiran Johor telah membuktikan komitmennya untuk berkhidmat kepada seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang kaum, agama atau fahaman politik.

“Beliau bukan jenis chauvinis atau bersikap perkauman apabila menyatakan pendirian tidak mahu bekerjasama dengan DAP. Apa yang sentiasa menjadi keutamaannya ialah kepentingan rakyat.

“Isu ini bukan soal angkuh atau enggan berhubung dengan pihak yang mempunyai pandangan politik berbeza. Sepanjang menerajui Johor, beliau telah membuktikan bahawa pentadbirannya memberi perkhidmatan kepada semua lapisan rakyat tanpa mengira kaum, agama mahupun kecenderungan politik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zambry turut menjelaskan pendirian yang diambil oleh Onn Hafiz perlu difahami berdasarkan realiti politik Johor yang sebelum ini ditadbir oleh Barisan Nasional (BN) sebelum pembentukan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

Katanya, mandat dan perjuangan politik yang dibawa oleh UMNO serta BN Johor mempunyai latar belakang tersendiri yang perlu dihormati oleh semua pihak.

Pada masa sama, beliau mengingatkan UMNO dan BN juga sering menjadi sasaran kritikan, sindiran serta kecaman daripada lawan politik, namun memilih untuk tidak memperbesarkan perkara tersebut.

“Apa yang lebih penting ialah komitmen semua pihak untuk memastikan kestabilan politik, kemajuan ekonomi serta kebajikan rakyat terus menjadi keutamaan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak agar menghentikan polemik berhubung isu berkenaan dan memberi tumpuan kepada usaha membangunkan negeri serta membuat persiapan menghadapi PRN akan datang.

Menurutnya, perdebatan yang berpanjangan hanya akan mengalih perhatian daripada agenda lebih besar iaitu menawarkan dasar terbaik kepada rakyat dan memperkukuh pertumbuhan ekonomi Johor.

Kontroversi itu tercetus selepas Onn Hafiz pada Ahad lalu dilaporkan berkata beliau lebih rela melepaskan jawatan Menteri Besar daripada terpaksa “duduk semeja” dengan DAP selepas PRN akan datang.

Kenyataan tersebut mengundang pelbagai reaksi, khususnya daripada pemimpin DAP yang menyifatkannya sebagai tidak selari dengan semangat Kerajaan Perpaduan, malah ada yang mendakwa kenyataan itu mempunyai unsur perkauman.

Berita berkaitan
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
12 jam lalu· Politik
Jika BN-PH bersama, saya tak bertanding PRN Melaka: Akmal
12 jam lalu· Politik
Gobind mahu peruntukan Ahli Parlimen bebas diskriminasi
August 18, 2026· Politik
UMNO perlukan kuasa untuk ‘tikam belakang’, jadi perlu kekal dalam kerajaan: Puad
August 18, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
7 jam lalu · Politik
Seorang MKT UMNO persoal gesaan ganti Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA
11 jam lalu · Politik
PH-BN mungkin runding kerusi elak pertembungan di Melaka: Saifuddin
August 18, 2026 · Politik
Kerjasama PH-BN mesti atas dasar hormat, bukan untung sebelah pihak: AMK
August 18, 2026 · Politik
Bendera terbalik di Johor, Akmal tak mahu anjur himpunan seperti di P. Pinang?
August 17, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok