121 iklan penipuan guna nama individu terkenal dikesan MCMC

July 23, 2025 · Isu semasa

Sekurang-kurangnya 121 kes dikesan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menggunakan nama individu terkenal untuk menipu orang ramai, kata Teo Nie Ching.

Timbalan Menteri Komunikasi itu mendedahkan antara nama individu berprofil tinggi yang digunakan untuk tujuan penipuan termasuk Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Nie Ching berkata pengendali platform media sosial seolah-olah menjadi accomplice (bersubahat) dalam aktiviti penipuan iklan apabila beliau sendiri menjadi mangsa dalam hal sedemikian menerusi Facebook baru-baru ini.

“Kebelakangan ini banyak iklan penipuan di Facebook, kononnya saya nak beri buku secara percuma sebanyak 2,000 naskhah. Jadi, saya minta MCMC buat laporan kepada Meta dan satu iklan diturunkan tetapi iklan kedua dinaikkan.

“Kemudian iklan ketiga juga dinaikkan hinggalah pagi tadi saya terima mesej daripada pengundi bahawa iklan itu masih ada dan ia adalah iklan yang keenam,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Nie Ching berkata perkara itu menunjukkan bahawa Meta menerima bayaran daripada scammer atau penipu untuk menerbitkan iklan terbabit dan walaupun telah dimaklumkan mengenai aktiviti penipuan, platform berkenaan masih membenarkan iklan baharu dimuat naik.

“Walaupun MCMC telah beri notis ini adalah aktiviti scammer tetapi mereka terus membantu scammer naikkan iklan kedua, ketiga, keempat dan seterusnya,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Chong Chieng Jen (PH-Stampin) mengenai kesediaan kerajaan meminda undang-undang sedia ada bagi mewajibkan pengendali media sosial yang membenarkan iklan penipuan diterbitkan di platform mereka untuk bertanggungjawab terhadap kerugian dialami mangsa.

Selain itu, Nie Ching berkata MCMC sedang merangka kod keselamatan dalam talian sebagai panduan kepada pengendali platform serta pihak berkaitan dalam penerbitan iklan menerusi media sosial, selaras dengan pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang diwartakan pada 22 Mei lepas.

“Kami akan merujuk dengan negara lain seperti Singapura, iaitu mereka mewajibkan perlu membuat pengesahan identiti pengiklan untuk buat iklan di platform media sosial.

“Ini antara perundangan yang kita akan buat rujukan dan sekiranya memang berkesan maka ia akan dimasukkan dalam kod yang sedang dibangunkan MCMC,” katanya.

Mengulas mengenai penyalahgunaan platform digital bagi tujuan penipuan dalam talian, Teo berkata MCMC telah menurunkan sebanyak 46,817 kandungan penipuan setakat 15 Julai lepas.

“Pada 2022, penyedia perkhidmatan media sosial atas permohonan MCMC telah mengambil tindakan penurunan terhadap 242 kandungan penipuan. Jumlah ini meningkat kepada 6,297 pada 2023 dan 63,652 pada 2024.

“Tindakan ini dibuat berdasarkan aduan diterima serta garis panduan komuniti yang telah ditetapkan oleh setiap platform, selaras dengan undang-undang tempatan,” katanya.

Nie Ching berkata MCMC melaksanakan pelbagai usaha termasuk menjalinkan kerjasama teknikal dengan penyedia perkhidmatan media sosial seperti Facebook, Instagram dan TikTok bagi tujuan penurunan kandungan berunsur penipuan, penipuan pelaburan, perjudian dalam talian dan penjualan produk tidak berdaftar.

Berita berkaitan
X ambil langkah tingkat keselamatan, beri kerjasama baik: Fahmi
21 jam lalu· Isu semasa
Sekatan ke atas aplikasi Grok ditarik balik selepas patuh arahan MCMC
22 jam lalu· Isu semasa
Lesen media sosial: Syarat nilai ambang 8 juta pengguna akan diteliti
January 22, 2026· Isu semasa
Akses Grok disekat sementara demi lindungi pengguna: Fahmi
January 22, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Anwar nafi isu tanah Malaysia diserah kepada Indonesia
January 24, 2026 · Isu semasa
RUU PSB perlu dibaiki demi hak penduduk, UMNO tak tolak pembangunan: Asyraf
17 jam lalu · Isu semasa
Saluran aduan media kini dibuka, fokus profesional dan telus: Fahmi
17 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan tarik balik RUU Pembaharuan Bandar untuk penambahbaikan: Fahmi
21 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perhalusi persiapan pelajar tahun 1 dan laluan IPTA pelajar
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ekonomi negara catat pertumbuhan kukuh, ringgit dan bursa meningkat
January 20, 2026
[VIDEO] Kalau ada tak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia: Agong
January 19, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok