Isu agama dan kaum dimainkan Akmal beri beban kepada kerajaan: Rafizi

11 jam lalu · Politik

Rafizi Ramli menyifatkan kegagalan kerajaan menangani isu perkauman dan agama berpunca daripada sikap terlalu berhati-hati terhadap tekanan politik, khususnya melibatkan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh.

Rafizi berkata kerajaan dilihat tidak tegas dalam meredakan ketegangan kaum kerana bimbang tindakan diambil akan mengundang kemarahan UMNO.

“Kenapa Anwar (Anwar Ibrahim) gagal menangani isu itu ialah soal Akmal. Dia terlalu berhati-hati, takut UMNO marah,” katanya dalam podcast bersama Nik Nazmi Nik Ahmad.

Rafizi mengaitkan perkara itu dengan kontroversi stoking tertera kalimah Allah yang dijual di rangkaian kedai serbaneka KK Mart pada 2024.

Isu tersebut mencetuskan kemarahan segelintir pihak sehingga membawa kepada kempen boikot dan laporan polis di seluruh negara.

Akmal ketika itu antara pemimpin paling lantang membangkitkan isu berkenaan dan menyeru masyarakat Melayu Islam memboikot premis terbabit.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata kerajaan sepatutnya mempunyai mekanisme lebih berkesan untuk menangkis naratif ekstremis sebelum ia mempengaruhi masyarakat.

Katanya, platform melibatkan pemimpin politik, agama dan masyarakat perlu diwujudkan bagi membina persefahaman bersama.

“Apabila ada struktur merentas semua pihak, kita boleh membawa masyarakat kepada titik persamaan. Kenyataan bersama daripada pemimpin pelbagai kaum dan agama boleh menghalang kumpulan kecil ini daripada menjadi dominan,” katanya.

Bekas Ahli Parlimen Pandan itu turut mengimbas penubuhan Majlis Muhibbah Negara selepas tragedi rusuhan kaum 13 Mei 1969 yang menurutnya berjaya membantu memulihkan hubungan antara kaum ketika itu.

Dalam pada itu, Rafizi berkata majoriti rakyat Malaysia sebenarnya lebih mengambil berat soal ekonomi, kos sara hidup dan peluang pekerjaan berbanding isu perkauman.

Namun, katanya, kegagalan kerajaan menawarkan agenda reformasi yang benar-benar dekat dengan rakyat menyebabkan wujud “vakum” yang akhirnya dipenuhi sentimen kaum dan agama.

“Sebab itu saya selalu sebut, kita tak boleh buat business as usual. Bila tiada agenda yang menggamit rakyat, isu perkauman akan ambil alih pentas utama,” katanya.

Nik Nazmi pula berpandangan politik berasaskan kaum yang masih kuat di negara ini menjadi antara faktor ketegangan terus berulang, sambil mengingatkan pemimpin supaya tidak tunduk kepada golongan yang cuba membakar sentimen rakyat demi kepentingan politik.

Berita berkaitan
Rafizi berisiko kalah kerusi Pandan sama seperti di Gombak: AMK Pulau Pinang
11 jam lalu· Politik
AMK desak wakil rakyat PKR jelaskan kehadiran semasa program Rafizi
11 jam lalu· Politik
Tengku Zafrul diberi peranan baharu jaga kerusi Parlimen Pandan: Amiruddin
11 jam lalu· Politik
PKR Johor bidas bekas ahli berterusan serang dan burukkan parti
11 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Bersatu jawab kritikan PAS, tegaskan semua isu patut dibincang dalam gabungan
4 jam lalu · Politik
DAP sokong cadangan bubar DUN Negeri Sembilan
4 jam lalu · Politik
Anwar diharap terus kekal di Tambun: PKR Perak
11 jam lalu · Politik
PAS muktamadkan hala tuju hubungan dengan Bersatu pada masa terdekat: Takiyuddin
May 23, 2026 · Politik
ULASAN: Bila PAS mula berlagak jadi ‘abang besar’
May 23, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok