MOF beri penjelasan kekeliruan isu SST melibatkan perkhidmatan asas perbankan

June 27, 2025 · Isu semasa

Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak lapan peratus tidak akan dikenakan dalam perkhidmatan asas perbankan untuk rakyat seperti akaun simpanan atau pinjaman perumahan, kata Kementerian Kewangan (MOF).

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Johan Mahmood Merican memberikan penjelasan berhubung kekeliruan cukai SST yang digambarkan seolah-olah semua perkhidmatan asas perbankan akan diserap kepada rakyat.

Ujarnya, kekeliruan timbul apabila keluar laporan berita mengatakan seolah-seolah semua perkhidmatan kewangan dikenakan cukai berkenaan, sedangkan dalam kenyataan media oleh persatuan bank mengatakan hanya perkhidmatan tertentu sahaja yang dikenakan.

“Saya rasa hal ini telah menimbulkan sedikit kekeliruan. Jika dibaca kenyataan media yang dikeluarkan oleh persatuan bank, mereka hanya menyebut bahawa terdapat SST ke atas perkhidmatan kewangan tertentu.

“Namun, laporan (berita) yang dikeluarkan seolah-olah menggambarkan bahawa semua perkhidmatan kewangan dikenakan SST,” katanya ketika menjawab soalan mengenai SST dalam sesi secara langsung di media sosial TikTok.

Johan menjelaskan, perkhidmatan perbankan asas seperti akaun simpanan dan pinjaman perumahan termasuk faedah tidak tertakluk kepada cukai tersebut.

“Sebenarnya, dalam perincian media telahpun disebut bahawa perkhidmatan perbankan asas memang dikecualikan. Perkhidmatan yang secara langsung membabitkan rakyat seperti akaun simpanan, pinjaman perumahan dan faedahnya, tidak dikenakan sebarang cukai perkhidmatan,” katanya.

Beliau menambah, perkhidmatan yang dikenakan SST adalah lebih menjurus kepada perkhidmatan kewangan berasaskan yuran seperti yang ditawarkan oleh bank pelaburan.

“Cukai perkhidmatan hanya dikenakan ke atas perkhidmatan kewangan yang berasaskan yuran. Contohnya, apabila membabitkan bank pelaburan yang memberikan khidmat nasihat kepada syarikat untuk disenaraikan di Bursa Malaysia.

“Perkhidmatan seperti ini, khidmat nasihat, konsultansi dan yuran-yuran berkaitan adalah tertakluk kepada cukai perkhidmatan,” katanya.

Selain itu, perkhidmatan pengurusan dana juga termasuk dalam kategori yang dikenakan SST kerana ia lazimnya digunakan oleh institusi atau individu berpendapatan tinggi.

“Biasanya, perkhidmatan ini digunakan oleh institusi atau individu berpendapatan tinggi dan berkemampuan,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa perkhidmatan kewangan harian yang digunakan oleh rakyat, termasuk insurans dan takaful kesihatan, juga dikecualikan daripada cukai perkhidmatan.

“Oleh itu, dari segi perkhidmatan kewangan harian yang biasa digunakan rakyat, termasuk insurans dan takaful kesihatan, ia tidak dikenakan cukai perkhidmatan,” katanya.

Berita berkaitan
Harga diesel Sabah, Sarawak, Labuan kekal RM2.15: MOF
April 15, 2026· Isu semasa
Syarikat salah guna diesel bersubsidi bakal dikenakan tindakan
April 10, 2026· Isu semasa
MOF nafi penularan berita palsu berhubung tambahan had BUDI95
April 8, 2026· Isu semasa
KPDN cari jalan ringankan beban pengusaha stesen minyak
April 5, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Ringgit terus mengukuh, pasaran tunggu data KDNK suku pertama
2 jam lalu · Isu semasa
Pelaburan RM2 bilion perkasa usahawan bumiputera: Anwar
13 jam lalu · Isu semasa
Seorang didakwa, lima dikompaun kes berita palsu isu minyak: MCMC
13 jam lalu · Isu semasa
Harga beras Asia naik mendadak ekoran krisis Asia Barat
22 jam lalu · Isu semasa
Dron AS bernilai AS$238 juta hilang semasa operasi di Iran: Laporan
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok