Tiada lesen judi baharu diluluskan: MOF

November 24, 2026 · Isu semasa

Kerajaan tidak mengeluarkan sebarang lesen baharu bagi aktiviti perjudian sejak 1990-an, sebaliknya hanya mengawal selia operasi perjudian berlesen sedia ada.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam jawapan bertulis yang disiarkan menerusi laman web Parlimen menjelaskan, sebarang cadangan untuk mengubah dasar berkaitan perjudian perlu mengambil kira beberapa aspek termasuk perundangan, keberkesanan penguatkuasaan dan kesan terhadap masyarakat.

Menurut kementerian itu, penambahan sekatan terhadap pemberian lesen kepada sesuatu sektor perniagaan tidak semestinya mampu menghapuskan aktiviti berkenaan sekiranya permintaan masih wujud.

Keadaan itu dikhuatiri mendorong peningkatan aktiviti perjudian tidak berlesen yang lebih sukar dikawal sekiranya tidak ditangani menerusi pendekatan penguatkuasaan menyeluruh.

“Penambahan sekatan terhadap pemberian lesen kepada sesuatu sektor perniagaan tidak semestinya dapat menghapuskan aktiviti berkenaan sekiranya permintaan masih wujud, khususnya menerusi saluran tidak berlesen,” menurut jawapan kementerian itu.

MOF turut menegaskan usaha membanteras perjudian tidak boleh bergantung semata-mata kepada dasar pelesenan, sebaliknya memerlukan kerjasama pelbagai pihak termasuk meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab masyarakat.

“Pendekatan yang menyeluruh, merangkumi penguatkuasaan terhadap aktiviti tidak berlesen, usaha semua pihak dalam meningkatkan kesedaran serta tanggungjawab masyarakat adalah juga penting dan bukan sekadar dari sudut pentadbiran pelesenan,” katanya.

Penjelasan itu diberikan bagi menjawab soalan Ahmad Saad @ Yahaya (PN-Pokok Sena) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan pertimbangan kementerian untuk menyemak semula pemberian lesen di bawah Akta Pertaruhan Wang Terkumpul 1967.

Beliau turut membangkitkan isu pemberian lesen perjudian khususnya di negeri-negeri yang melaksanakan dasar sifar judi.

Isu pelesenan perjudian sebelum ini sering menjadi perhatian dalam perbahasan awam, terutama membabitkan usaha kerajaan negeri mengawal aktiviti perjudian serta tindakan membanteras premis yang beroperasi tanpa lesen.

Berita berkaitan
GST belum sesuai dilaksana, kerajaan kekal SST: MOF
November 24, 2026· Isu semasa
Eksekutif rugi RM617,000 diperdaya pelaburan aksesori kereta
November 22, 2026· Isu semasa
MOF sasar hutang kerajaan turun kepada 60 peratus KDNK pada 2030
November 18, 2026· Isu semasa
Kerajaan kekal tolak GST, bimbang beban rakyat
November 12, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Isu premis tutup solat Jumaat, Anwar tidak setuju kenyataan Ahli Parlimen
November 24, 2026 · Isu semasa
Isu cip AI: Tiga syarikat Malaysia dikenakan sekatan AS
November 24, 2026 · Isu semasa
Turkiye belum sedia terima pelarian Rohingya
November 24, 2026 · Isu semasa
Jangan abaikan madrasah dalam mengejar kemajuan negara: Anwar
14 jam lalu · Isu semasa
SPR daftar hampir 42,000 pengundi baharu pada Oktober
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok