Tuanku Muhriz masih sah sebagai Yang di-Pertuan Besar: PMX

4 jam lalu · Isu semasa

Kerajaan Persekutuan menegaskan bahawa Tuanku Muhriz Tuanku Munawir kekal diiktiraf sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, meskipun wujud usaha untuk memasyhurkan Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar sebagai pemerintah baharu negeri itu.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim, berkata pendirian rasmi kerajaan dibuat berdasarkan peruntukan undang-undang dan Perlembagaan yang sah, sambil mengingatkan semua pihak agar sebarang pertikaian berkaitan institusi diraja diselesaikan menerusi saluran perundangan yang betul.

“Krisis di Negeri Sembilan tentunya sedikit menggusarkan kerana institusi Raja ada peraturan, kaedah dan cara kemuliaannya.

“Jika digugat begini rupa, ia mesej yang sangat tidak baik,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Meranti hari ini.

Menurut beliau, sesiapa sahaja mempunyai hak untuk mengemukakan pandangan atau cabaran melalui saluran undang-undang dan Perlembagaan negeri, namun tindakan sedemikian perlu disokong dengan hujah yang kukuh memandangkan implikasinya amat besar terhadap kestabilan negara.

“Saya tidak menafikan hak sesiapa ikut saluran undang-undang dan Perlembagaan negeri tetapi hujah harus kuat.

“Sebab ini kita pandang berat dan saya sudah memberi pandangan ini kepada pihak berkenaan,” katanya.

Anwar turut menegaskan kerajaan akan terus mempertahankan kedudukan, kemuliaan dan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu yang menjadi sebahagian daripada asas sistem pemerintahan negara.

“Kita sebagai Kerajaan Persekutuan, walaupun tidak terbabit secara langsung, harus memberikan nasihat.

“Sistem raja ini bukan hanya namanya, tetapi kemuliaannya, beberapa kaedah dan peraturannya. Sebab ini kita tetap pertahankan kedudukan, kemuliaan dan kedaulatan raja,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Tunku Nadzaruddin dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dalam satu majlis di sebuah resort di Melaka.

Pemasyhuran itu diumumkan oleh Undang Luak Jelebu, Maarof Mat Rashad, yang mendakwa mewakili Undang Yang Empat.

Krisis yang berlarutan ini mendapat perhatian ramai kerana Negeri Sembilan mempunyai sistem pemilihan Yang di-Pertuan Besar yang unik berasaskan adat Perpatih, di mana pemilihan pemerintah negeri melibatkan peranan Undang Yang Empat.

Sebarang pertikaian berkaitan institusi tersebut dilihat berpotensi memberi kesan kepada kestabilan politik dan keharmonian negeri jika tidak ditangani mengikut peruntukan Perlembagaan dan adat yang ditetapkan.

Berita berkaitan
Rundingan kerjasama BN-PH di Negeri Sembilan masih terbuka: Zahid
June 5, 2026· Politik
Bubar DUN Negeri Sembilan jalan terbaik tamatkan ketidaktentuan: Anwar
4 jam lalu· Politik
Tunku Nadzaruddin ditabal Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12
5 jam lalu· Isu semasa
Hassan mahu berundur dari politik, tak bertanding lagi
8 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Fahmi nafi gambar tular Jemaah Menteri petanda Parlimen akan dibubar
3 jam lalu · Isu semasa
Tarif air Pulau Pinang naik mulai Julai
5 jam lalu · Isu semasa
Lapan individu dikompaun RM200,000 sebar berita palsu krisis bekalan global
June 4, 2026 · Isu semasa
Kes nahas kereta berlumba sehingga 5 terkorban dirujuk kepada AGC
June 4, 2026 · Isu semasa
Azam Baki beri keterangan di Bukit Aman
June 3, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok