Melaka belum sedia bubar DUN, fokus selesai urusan rakyat: Ab Rauf

June 6, 2026 · Politik

Kerajaan Melaka belum bercadang membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada masa terdekat meskipun Johor dan Negeri Sembilan telah mengambil langkah tersebut bagi membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ketua Menterinya, Ab Rauf Yusoh berkata kerajaan negeri masih mempunyai beberapa urusan pentadbiran serta agenda kebajikan rakyat yang perlu diselesaikan sebelum sebarang keputusan mengenai pembubaran DUN dibuat.

Menurut beliau, pentadbiran negeri akan terus berjalan seperti biasa sehingga satu tarikh yang sesuai diputuskan dan diumumkan secara rasmi.

“Kita akan terus menjalankan urusan kerajaan bagi menyantuni hal ehwal rakyat sehingga satu tarikh yang akan diumumkan secara rasmi.

“Kita juga akan menghantar jentera untuk membantu pilihan raya di kedua-dua negeri itu dan selepas keputusan pilihan raya tersebut barulah kita fikirkan waktu yang sesuai,” katanya selepas menghadiri majlis doa selamat sempena kepulangannya daripada menunaikan ibadah haji di kediamannya di Kampung Pulau, Masjid Tanah, pada malam Sabtu.

Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata tempoh hayat DUN Melaka hanya akan berakhir pada 30 Disember 2026, sekali gus memberi ruang kepada kerajaan negeri untuk menentukan masa paling sesuai bagi mengadakan pilihan raya.

“Namun suasana dan keadaan di Johor tidak sama dengan Melaka, begitu juga keadaan di Negeri Sembilan yang tidak memerlukan Melaka membubarkan DUN dalam keadaan segera.

“Sehingga hari ini saya belum mendapat ilham bila lagi nak dibubarkan DUN Melaka,” katanya.

Beliau turut menegaskan tiada sebarang tekanan daripada mana-mana pihak yang mendesak supaya pilihan raya negeri diadakan lebih awal.

“Saya tidak tertekan dengan mana-mana pihak yang mendesak supaya Melaka membubarkan DUN kerana saya mempunyai perkiraan dan aturan yang perlu diselesaikan mengikut pentadbiran kerajaan.

“Kita tak nak melihat mengikut muzik yang dimainkan oleh orang lain. Kita tak akan menari mengikut muzik mereka. Rentak mereka, rentak mereka. Rentak Melaka, rentak Melaka,” katanya.

Ditanya mengenai kemungkinan Melaka mengadakan pilihan raya serentak dengan negeri lain, beliau tidak menolak perkara tersebut namun enggan membuat sebarang spekulasi.

“Politik ini seni seribu satu kemungkinan. Apa pun, tunggu dan lihat,” katanya.

Melaka sebelum ini mengadakan Pilihan Raya Negeri pada November 2021 selepas kerajaan negeri ketika itu tumbang susulan penarikan sokongan empat Ahli Dewan Undangan Negeri.

Berita berkaitan
Samsuri tandatangan watikah hanya selepas rundingan PAS-BN gagal: Marzuki
2 jam lalu· Politik
BN kekal solo, tak layan kerjasama dengan PAS atau Wawasan: Zahid
2 jam lalu· Politik
172 calon rebut 56 kerusi DUN Johor, saingan lima penjuru di tiga kerusi: SPR
3 jam lalu· Politik
Maszlee tawar agenda baharu demi Johor, kerajaan negeri seiring dengan persekutuan
4 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Kempen PRN dipantau 24 jam, orang ramai diminta bantu bendung berita palsu: Fahmi
4 jam lalu · Politik
Calon ‘underdog’ PH lawan Onn Hafiz sedia beri saingan sengit di DUN Machap
4 jam lalu · Politik
Bersatu berkempen dengan kekuatan sendiri, tak apa PAS tak mahu bantu: Muhyiddin
4 jam lalu · Politik
PRN Johor buka tirai, 56 kerusi jadi rebutan
4 jam lalu · Politik
Anwar nafi ada arahan halang masuk kawasan FELDA
23 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok