Kempen PRN dipantau 24 jam, orang ramai diminta bantu bendung berita palsu: Fahmi

June 27, 2026 · Politik

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memperketat pemantauan kandungan dalam talian sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan operasi 24 jam sehingga hari pengundian pada 11 Julai ini bagi membendung penyebaran berita palsu, maklumat tidak sahih serta kandungan yang menyentuh isu 3R.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata pemantauan itu dilaksanakan secara bersepadu melibatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Polis Diraja Malaysia (PDRM), pihak berkuasa tempatan (PBT), MCMC serta beberapa agensi berkaitan bagi memastikan proses pilihan raya berlangsung dalam suasana aman dan terkawal.

“Kementerian Komunikasi melalui MCMC akan membantu memastikan tiada kandungan yang tidak sihat, memudaratkan, bersifat berita palsu, maklumat palsu serta kandungan yang menyentuh isu 3R disebarkan sepanjang tempoh kempen,” katanya selepas proses penamaan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerah, di sini, hari ini.

Terdahulu, Fahmi yang juga Ketua Komunikasi Pakatan Harapan (PH) mengiringi calon PH bagi DUN Semerah, Khuzan Abu Bakar, menyerahkan borang pencalonan.

Menurut beliau, MCMC telah membuat segala persiapan bagi menjalankan pemantauan berterusan sepanjang tempoh kempen selepas memberi taklimat mengenai mekanisme pemantauan yang akan digunakan.

Pada masa sama, Fahmi menggesa orang ramai memainkan peranan dengan melaporkan segera sebarang kandungan yang disyaki mengandungi berita palsu atau menyentuh isu 3R supaya tindakan pantas dapat diambil.

“Jika anda melihat apa-apa kandungan bersifat palsu ataupun menyentuh isu 3R, pertama laporkan kepada platform berkenaan kerana platform wajib mengambil tindakan.

“Selain itu, buat laporan kepada MCMC melalui portal aduan bagi membolehkan tindakan lanjut diambil,” katanya.

PRN Johor Ke-16 memasuki fasa kempen selepas selesai proses penamaan calon hari ini. Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari sebelum hari pengundian pada 11 Julai.

Sepanjang tempoh itu, pihak berkuasa memberi penekanan terhadap penyebaran maklumat yang bertanggungjawab bagi mengelakkan sebarang provokasi, fitnah atau kandungan yang boleh menggugat keharmonian serta ketenteraman awam, khususnya di media sosial yang dijangka menjadi medan utama kempen parti-parti bertanding.

Berita berkaitan
172 calon rebut 56 kerusi DUN Johor, saingan lima penjuru di tiga kerusi: SPR
June 27, 2026· Politik
Maszlee tawar agenda baharu demi Johor, kerajaan negeri seiring dengan persekutuan
June 27, 2026· Politik
Calon ‘underdog’ PH lawan Onn Hafiz sedia beri saingan sengit di DUN Machap
June 27, 2026· Politik
Bersatu berkempen dengan kekuatan sendiri, tak apa PAS tak mahu bantu: Muhyiddin
June 27, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PRN Johor buka tirai, 56 kerusi jadi rebutan
1 jam lalu · Politik
Anwar nafi ada arahan halang masuk kawasan FELDA
20 jam lalu · Politik
Anwar ingatkan jentera PH jangan sombong hadapi pengundi Johor
22 jam lalu · Politik
SPR jual 553 borang calon menjelang hari penamaan PRN Johor
22 jam lalu · Politik
Samsuri pula sahkan rundingan kerusi dengan UMNO di Johor gagal
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok