AGC teliti dua kertas siasatan libatkan Azam Baki

June 6, 2026 · Isu semasa

Pejabat Peguam Negara (AGC) mengesahkan masih meneliti dua kertas siasatan yang dikemukakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki.

Peguam Negara, Mohd Dusuki Mokhtar berkata kedua-dua kertas siasatan itu diterima pada Khamis lalu dan sehingga kini belum ada sebarang keputusan dibuat mengenainya.

“Kedua-dua kertas siasatan terbabit kita terima Khamis lalu dan AGC masih meneliti kertas-kertas siasatan tersebut. Belum ada apa-apa keputusan dibuat setakat ini mengenainya,” katanya dipetik laporan BH.

Menurut beliau, AGC memerlukan sedikit masa untuk membuat penelitian menyeluruh sebelum menentukan tindakan lanjut yang bersesuaian.

“Sedikit masa diperlukan untuk penelitian dibuat bagi apa jua penentuan mengenai kedudukan siasatan berkenaan. Sebaik penelitian selesai dijalankan, AGC akan membuat keputusan yang bersesuaian berdasarkan hasil penelitian itu. Beri ruang kepada kami untuk meneliti perkara ini secara menyeluruh,” katanya.

Dua kertas siasatan berkenaan membabitkan dakwaan ugutan jenayah terhadap seorang ahli perniagaan, Albert Tei, serta penerbitan artikel oleh portal Bloombergyang didakwa mengandungi kenyataan berunsur fitnah.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, M Kumar, sebelum ini mengesahkan kedua-dua kertas siasatan berkenaan telah dirujuk kepada AGC pada Khamis bagi mendapatkan arahan dan nasihat lanjut.

Media sebelum ini melaporkan polis telah merakam percakapan Azam pada 3 Jun lalu mengikut Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu siasatan terhadap dua kes berasingan.

Salah satu siasatan tertumpu kepada artikel yang diterbitkan Bloomberg yang didakwa mengandungi kenyataan berunsur fitnah berkaitan isu pemilikan saham dalam Velocity Capital Partner Berhad yang dikaitkan dengan Azam.

Selain itu, polis turut menyiasat dakwaan penyalahgunaan kuasa dan ugutan jenayah terhadap Tei yang dilaporkan sebelum ini.

Berita berkaitan
SPRM bongkar syarikat proksi dalam skandal rasuah, aset RM186.6 juta dibeku: Laporan
18 jam lalu· Isu semasa
SPRM kesan tuntutan palsu RM9 juta dalam program Daya Kerjaya: Bernama
June 7, 2026· Isu semasa
DNAA Zahid: AG kemuka rayuan cabar permohonan Majlis Peguam
June 6, 2026· Isu semasa
Kes nahas kereta berlumba sehingga 5 terkorban dirujuk kepada AGC
June 4, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
MCMC arah tindakan segera baiki liputan telekomunikasi di Kampung Tinagat
14 jam lalu · Isu semasa
PMX akan kongsi visi Malaysia hadapi ketidaktentuan global semasa Forum Nikkei di Tokyo
16 jam lalu · Isu semasa
Sebar video intim bekas suami, wanita menangis selepas didenda RM2,800
16 jam lalu · Isu semasa
MCMC perketat pemantauan judi dalam talian menjelang Piala Dunia
17 jam lalu · Isu semasa
Anwar puji kejayaan Kementerian Komunikasi beri penerangan BUDI95
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok