SPRM bongkar syarikat proksi dalam skandal rasuah, aset RM186.6 juta dibeku: Laporan

11 jam lalu · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan kewujudan beberapa syarikat proksi yang dipercayai digunakan untuk menyeleweng dana awam bernilai ratusan juta ringgit dalam satu siasatan berprofil tinggi yang kini hampir selesai.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abd Halim Aman berkata seorang individu dijangka didakwa dalam masa terdekat selepas kertas siasatan kes itu dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan berkaitan pecah amanah jenayah.

“Siasatan telah selesai dan pegawai saya mungkin merujuk perkara ini kepada AGC seawal minggu ini. Jika dipersetujui, pertuduhan akan dibuat dalam masa terdekat,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke pejabat SPRM Terengganu hari ini.

Menurut beliau, siasatan yang dijalankan menerusi Ops Sutra tertumpu kepada dakwaan penyelewengan dana awam yang disalurkan melalui sebuah institusi kepada beberapa organisasi termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Hasil siasatan mendapati individu yang menerajui organisasi berkenaan dipercayai menyeleweng dana tersebut dengan menubuhkan beberapa syarikat selepas menerima peruntukan dan seterusnya menyalurkan wang itu untuk kepentingan peribadi.

“Modus operandi mereka adalah menubuhkan beberapa syarikat selepas menerima dana dan menggunakan syarikat-syarikat itu untuk menyalurkan wang bagi manfaat sendiri.

“Pelbagai dokumen dan penyata juga dipercayai dipalsukan selain terdapat banyak prosedur dan peraturan yang disyaki telah dilanggar,” katanya.

Abd Halim berkata, setakat ini SPRM telah merakam keterangan daripada 40 saksi dan mengenal pasti dua suspek utama, namun siasatan lebih tertumpu kepada seorang individu yang dipercayai memainkan peranan utama dalam kes berkenaan.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan SPRM telah membekukan dan menyita pelbagai aset yang dipercayai mempunyai kaitan dengan penyelewengan tersebut.

Antara aset yang dibekukan ialah tujuh buah rumah, empat lot tanah, tiga premis syarikat, 19 kenderaan mewah serta barangan berharga seperti jongkong emas, jam tangan, beg tangan dan wang tunai dalam mata wang tempatan serta dolar Amerika Syarikat.

Selain itu, sebanyak 76 akaun milik individu dan organisasi berkaitan yang bernilai RM158 juta turut dibekukan.

“Jumlah keseluruhan aset yang dibekukan dan disita setakat ini adalah RM186.6 juta,” katanya.

Kes berkenaan menjadi antara siasatan berprofil tinggi yang mendapat perhatian ramai kerana melibatkan dakwaan penyalahgunaan dana awam dalam jumlah yang besar.

SPRM sebelum ini memberi jaminan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam penyelewengan atau pecah amanah melibatkan wang rakyat.

Dalam perkembangan lain, Abd Halim berkata SPRM turut melengkapkan siasatan terhadap dua lagi kes berprofil tinggi melibatkan dua individu berbeza.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan identiti individu terbabit serta butiran lanjut kes berkenaan kerana masih tertakluk kepada kerahsiaan siasatan.

Berita berkaitan
SPRM kesan tuntutan palsu RM9 juta dalam program Daya Kerjaya: Bernama
June 7, 2026· Isu semasa
AGC teliti dua kertas siasatan libatkan Azam Baki
June 6, 2026· Isu semasa
Mahkamah benarkan permohonan Najib akses dokumen kes 1MDB
June 5, 2026· Politik
Azam Baki beri keterangan di Bukit Aman
June 3, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
MCMC arah tindakan segera baiki liputan telekomunikasi di Kampung Tinagat
7 jam lalu · Isu semasa
PMX akan kongsi visi Malaysia hadapi ketidaktentuan global semasa Forum Nikkei di Tokyo
9 jam lalu · Isu semasa
Sebar video intim bekas suami, wanita menangis selepas didenda RM2,800
10 jam lalu · Isu semasa
MCMC perketat pemantauan judi dalam talian menjelang Piala Dunia
10 jam lalu · Isu semasa
Anwar puji kejayaan Kementerian Komunikasi beri penerangan BUDI95
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok