Calon ‘underdog’ PH lawan Onn Hafiz sedia beri saingan sengit di DUN Machap

2 jam lalu · Politik

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap, Nur Hafiz Roslan optimis kawasan itu mampu mencatat pembangunan yang lebih pesat sekiranya gabungan berkenaan diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Beliau berkata, PH akan tampil dengan manifesto serta tawaran yang memberi tumpuan khusus kepada pembangunan Machap, termasuk memperkukuh kerjasama antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan demi manfaat penduduk.

“Kami akan membentangkan manifesto dan tawaran yang memberi fokus kepada pembangunan Machap. Kami yakin Johor dan Machap boleh berkembang dengan lebih baik dan lebih maju bersama PH,” katanya selepas selesai proses penamaan calon di Dewan Muafakat, Kompleks Pentadbiran Majlis Daerah Simpang Renggam hari ini.

Menurut Nur Hafiz, penyelarasan yang baik antara pentadbiran negeri dan Persekutuan merupakan faktor penting dalam memastikan agenda pembangunan dapat dilaksanakan secara lebih berkesan.

“Kami cukup yakin sekiranya kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan dapat bekerjasama dengan baik, Johor akan menjadi negeri yang lebih maju dan terus bergerak ke hadapan,” katanya.

Mengulas persaingannya dengan penyandang kerusi DUN Machap, Onn Hafiz Ghazi, Nur Hafiz berkata akan turun bertanding dengan keyakinan tinggi untuk merampas kerusi berkenaan.

Katanya, pencalonannya bukan sekadar melengkapkan pertandingan, sebaliknya membawa iltizam untuk menawarkan pendekatan dan dasar yang diyakini mampu memenuhi keperluan penduduk setempat.

“Saya diberi mandat oleh PH untuk bertanding di Machap dengan kesungguhan dan keyakinan yang tinggi. Kami datang untuk menang kerana percaya tawaran yang dibawa lebih baik untuk penduduk Machap,” katanya.

Beliau turut melahirkan keyakinan sokongan rakyat, khususnya anak-anak Johor, akan menjadi pemangkin kepada usaha PH membentuk pentadbiran negeri yang lebih progresif.

PRN Johor ke-16 menyaksikan persaingan sengit di kebanyakan kerusi apabila parti-parti utama mengemukakan calon masing-masing bagi merebut mandat mentadbir negeri.

DUN Machap antara kerusi yang menjadi tumpuan apabila mempertemukan Menteri Besar Johor selaku penyandang dengan pencabar daripada PH dalam saingan yang dijangka menarik perhatian pengundi sepanjang tempoh kempen.

Berita berkaitan
BN kekal solo, tak layan kerjasama dengan PAS atau Wawasan: Zahid
June 27, 2026· Politik
172 calon rebut 56 kerusi DUN Johor, saingan lima penjuru di tiga kerusi: SPR
2 jam lalu· Politik
Maszlee tawar agenda baharu demi Johor, kerajaan negeri seiring dengan persekutuan
2 jam lalu· Politik
Kempen PRN dipantau 24 jam, orang ramai diminta bantu bendung berita palsu: Fahmi
2 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Bersatu berkempen dengan kekuatan sendiri, tak apa PAS tak mahu bantu: Muhyiddin
3 jam lalu · Politik
PRN Johor buka tirai, 56 kerusi jadi rebutan
3 jam lalu · Politik
Anwar nafi ada arahan halang masuk kawasan FELDA
22 jam lalu · Politik
Anwar ingatkan jentera PH jangan sombong hadapi pengundi Johor
24 jam lalu · Politik
SPR jual 553 borang calon menjelang hari penamaan PRN Johor
June 26, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok