BN kekal solo, tak layan kerjasama dengan PAS atau Wawasan: Zahid

June 27, 2026 · Politik

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Ahmad Zahid Hamidi tidak menolak kemungkinan wujud perbincangan di peringkat bawahan parti berhubung dakwaan kerjasama antara BN, PAS dan Parti Wawasan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid menegaskan tidak mengetahui sebarang perancangan rasmi berkaitan perkara itu dan menyifatkan jika ia berlaku sekali pun, ia hanyalah perbincangan di peringkat akar umbi yang tidak membabitkan kepimpinan tertinggi parti.

“Saya tidak dengar mengenai perkara itu. Ia mungkin perbincangan diadakan di peringkat bawahan,” katanya selepas menghadiri majlis makan tengah hari bersama jentera Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut di Simpang Renggam hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan BN mempunyai perancangan untuk bekerjasama dengan PAS dan Wawasan di beberapa kerusi yang pernah ditandingi parti-parti berkenaan.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid menafikan dakwaan tersebut dengan menegaskan pendirian BN sejak awal lagi adalah bertanding secara bersendirian pada PRN Johor.

Menurutnya, keputusan itu dibuktikan apabila BN meletakkan calon di kesemua 56 kerusi DUN yang dipertandingkan.

“Hakikatnya apabila disebutkan dari awal oleh Onn Hafiz Ghazi bahawa kita mahu pergi solo, ia terbukti apabila kita meletakkan calon di semua 56 kerusi DUN.

“Tidak ada seorang pun daripada calon kita yang menggunakan lambang parti lain,” katanya.

PRN Johor diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri bagi mendapatkan mandat baharu daripada rakyat.

Hari penamaan calon berlangsung pada Sabtu, manakala pengundian ditetapkan selepas tempoh kempen selama 14 hari.

Pilihan raya kali ini menyaksikan persaingan sengit apabila BN mempertahankan pendekatan bertanding secara solo, manakala beberapa gabungan dan parti lain turut mengemukakan calon masing-masing bagi merebut kesemua 56 kerusi DUN Johor.

Berita berkaitan
Samsuri tandatangan watikah hanya selepas rundingan PAS-BN gagal: Marzuki
June 27, 2026· Politik
172 calon rebut 56 kerusi DUN Johor, saingan lima penjuru di tiga kerusi: SPR
2 jam lalu· Politik
Maszlee tawar agenda baharu demi Johor, kerajaan negeri seiring dengan persekutuan
2 jam lalu· Politik
Kempen PRN dipantau 24 jam, orang ramai diminta bantu bendung berita palsu: Fahmi
2 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Calon ‘underdog’ PH lawan Onn Hafiz sedia beri saingan sengit di DUN Machap
3 jam lalu · Politik
Bersatu berkempen dengan kekuatan sendiri, tak apa PAS tak mahu bantu: Muhyiddin
3 jam lalu · Politik
PRN Johor buka tirai, 56 kerusi jadi rebutan
3 jam lalu · Politik
Anwar nafi ada arahan halang masuk kawasan FELDA
22 jam lalu · Politik
Anwar ingatkan jentera PH jangan sombong hadapi pengundi Johor
24 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok