Samsuri tandatangan watikah hanya selepas rundingan PAS-BN gagal: Marzuki

June 27, 2026 · Politik

Marzuki Mohamad menyelar kenyataan Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Annuar Musa, yang menyifatkan Pengerusi PN, Ahmad Samsuri Mokhtar, sebagai “berjiwa besar” kerana membenarkan Parti Bersatu menggunakan logo gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Bekas ketua setiausaha sulit kepada Muhyiddin Yassin itu berkata, kenyataan sedemikian dilihat seolah-olah merendahkan kedudukan Bersatu sebagai salah sebuah parti komponen PN, sedangkan penggunaan logo gabungan adalah hak yang diperuntukkan kepada semua parti anggota.

“Janganlah berkata begini kepada Bersatu. Nampak ‘condescending’ (merendah-rendahkan orang lain).

“Padahal itu hak Bersatu sebagai parti anggota PN untuk diberikan watikah bertanding menggunakan logo PN dalam pilihan raya. Ia bukan soal berbesar hati,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Menurut Marzuki, dalam sesebuah gabungan politik, individu yang diberi kuasa menandatangani watikah calon hanya melaksanakan keputusan yang telah dipersetujui oleh semua parti komponen melalui rundingan pembahagian kerusi.

Katanya, pemberian watikah kepada calon daripada parti anggota bukanlah satu bentuk keistimewaan atau ihsan daripada mana-mana pemimpin.

“Sesiapa sahaja yang diberikan amanah untuk menandatangani watikah bagi sesuatu gabungan parti politik akan mengeluarkan watikah kepada calon-calon daripada parti-parti anggota berdasarkan persetujuan yang dicapai dalam mesyuarat rundingan kerusi.

“Itu pun kalau orang tak tahu cerita,” katanya.

Marzuki turut mendakwa keputusan membenarkan Bersatu bertanding menggunakan logo PN pada PRN Johor hanya dibuat selepas rundingan antara PAS dan Barisan Nasional (BN) gagal mencapai persetujuan.

“Bagi yang tahu cerita, ini semua ‘afterthought’.

“Watikah diberikan sebab rundingan PAS dengan BN gagal. Kalau rundingan berjaya, tak bertandinglah PN dalam PRN Johor.

“Pengerusi PN tak perlu keluarkan satu watikah pun,” katanya.

Sebelum ini, Annuar dilaporkan memuji Ahmad Samsuri sebagai seorang pemimpin yang berjiwa besar kerana membenarkan Bersatu menggunakan logo PN dalam PRN Johor.

Isu penggunaan logo PN tercetus ketika hubungan antara PAS dan Bersatu terus menjadi perhatian susulan keputusan PAS untuk tidak membantu kempen Bersatu di kerusi yang ditandingi parti itu dalam PRN Johor.

Berita berkaitan
BN kekal solo, tak layan kerjasama dengan PAS atau Wawasan: Zahid
June 27, 2026· Politik
172 calon rebut 56 kerusi DUN Johor, saingan lima penjuru di tiga kerusi: SPR
2 jam lalu· Politik
Maszlee tawar agenda baharu demi Johor, kerajaan negeri seiring dengan persekutuan
2 jam lalu· Politik
Kempen PRN dipantau 24 jam, orang ramai diminta bantu bendung berita palsu: Fahmi
2 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Calon ‘underdog’ PH lawan Onn Hafiz sedia beri saingan sengit di DUN Machap
3 jam lalu · Politik
Bersatu berkempen dengan kekuatan sendiri, tak apa PAS tak mahu bantu: Muhyiddin
3 jam lalu · Politik
PRN Johor buka tirai, 56 kerusi jadi rebutan
3 jam lalu · Politik
Anwar nafi ada arahan halang masuk kawasan FELDA
22 jam lalu · Politik
Anwar ingatkan jentera PH jangan sombong hadapi pengundi Johor
June 26, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok