Hina Agong dengan hantaran jelek, suri rumah diheret ke mahkamah

July 7, 2025 · Isu semasa

Seorang suri rumah hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komen jelik kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menerusi akaun Facebook.

Suhaila Abd Halim, 39, didakwa secara sedar melakukan perbuatan itu melalui aplikasi akaun Facebook menggunakan nama profil ‘Suhaila Halim’ dengan niat untuk menyakiti hari orang lain pada 8.30 pagi 5 Jan 2025 di Hospital Sungai Buloh.

Ibu kepada enam anak itu didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan, dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Fadhli Ab Wahab bersama Pegawai Pendakwa MCMC Mohamad Azmir Mohd Razali menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, Suhaila yang tidak diwakili peguam, merayu jaminan dikurangkan kepada RM500 atas alasan hanya suaminya sahaja bekerja bagi menanggung keluarga.

Hakim Norazlin Othman membenarkan wanita itu diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan melaporkan diri di balai polis berhampiran kediaman sebulan sekali serta tidak mengganggu saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Mahkamah juga menetapkan 17 Sept depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan lantikan peguam. – Bernama

Berita berkaitan
MCMC siasat video pementasan 2018 yang kembali tular
1 jam lalu· Isu semasa
Tahanan rumah Najib: Mahfuz persoal asas undang-undang pengampunan
4 jam lalu· Politik
Kes scam: Pesara guru rugi RM15,000 ditipu sindiket menyamar pegawai polis
23 jam lalu· Isu semasa
G25 mahu rakyat tahu nasihat AG mengenai tahanan rumah Najib
23 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
1MDB mohon izin rayu keputusan libat firma guaman UK
1 jam lalu · Isu semasa
Lawatan Anwar ke Shanghai perkukuh hubungan Malaysia-China
1 jam lalu · Isu semasa
Gaji rakyat Malaysia naik kepada RM3,803 pada 2025
5 jam lalu · Isu semasa
Skandal FELDA: Laporan awal mula didedah minggu depan
23 jam lalu · Isu semasa
Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan dua kampung di Kuala Pilah: Fahmi
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok