Pemandu lori, Rudi Zulkarnain Mat Radi, 45, berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 selepas kejadian nahas yang berlaku di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan.
Sebanyak sembilan pertuduhan dihadapi pemandu lori membawa muatan batu yang terbabit kemalangan tragis sehingga meragut nyawa sembilan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) baru-baru ini.
Pemandu tersebut, Rudi Zulkarnain Mat Radi, 45, berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 selepas kejadian nahas yang berlaku di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan.
Pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Nur Hamizah Shaffiuddin.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa memandu lori jenis Hino dengan cara berbahaya kepada orang awam sehingga menyebabkan kematian sembilan penama sekitar jam 9.05 pagi 13 Mei lalu di Kilometer (KM) 15 Jalan Sungai Manik di daerah Hilir Perak.
Tertuduh didakwa menyebabkan kematian S Perumal, 44; Mohd Roslan Abd Rahim, 46; Mohd Pozli Jaudin, 41; Nurit AK Pandak, 34; Amiruddin Zabri, 38; Mohamad Hilmi Mohd Azlan, 38; Akmal Muhamad, 35; Damarrulan Abdul Latif, 33; dan Akmal Wafi Annuar, 28.
Bagi setiap pertuduhan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 10 tahun serta denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM50,000, jika sabit kesalahan.
Selain itu, hilang kelayakan untuk memegang atau mendapatkan suatu lesen memandu selama tempoh tidak kurang lima tahun dari tarikh sabitan, jika sabit kesalahan.
Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Izzuddin Fakri Hamdan, manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Francis Sinnappan.
Izzuddin Fakri menawarkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan, selain memohon syarat tambahan dikenakan iaitu lesen memandu tertuduh digantung hingga kes selesai di mahkamah dan tertuduh perlu melapor diri ke balai polis berhampiran setiap minggu.
Namun, Francis memohon ikat jamin minimum dengan mengambil kira pendapatan anak guamnya RM2,000 sebulan sebagai pemandu lori sekitar dan menghidap asma, selain menyatakan tertuduh yang masih bujang serta tinggal di daerah Hilir Perak itu akan memenuhi syarat-syarat ditetapkan mahkamah.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 bagi semua pertuduhan dan membenarkan syarat yang dimohon oleh pihak pendakwaan, selain menetapkan tarikh 17 Jun depan untuk sebutan semula kes. – Bernama
Had umur 16 tahun bukan untuk sekat kebebasan bersuara: Fahmi
PMX umum peruntukan pembangunan untuk Kelantan naik RM8 bilion
Cadangan kekalkan kuota BUDI95 kepada pengamal media akan dibincang: Fahmi
Petronas boleh runding dapatkan bekalan minyak dari Rusia: Anwar
Hanya 15 peratus rakyat beli diesel pada harga pasaran: PMX
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan