Shuhaily dipindah, kembali bertugas bersama PDRM? – Laporan

November 29, 2026 · Isu semasa

Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Mohd Shuhaily Mohd Zain dilaporkan kembali bertugas dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ditempatkan di bawah pejabat Ketua Polis Negara (KPN).

Berdasarkan notis pertukaran yang dilihat, Mohd Shuhaily kini ditempatkan di Sekretariat Perancangan Strategik dan Hal Ehwal Antarabangsa KPN dengan pangkat Komisioner Polis (CP), menurut laporan BH.

Pertukaran itu berkuat kuasa pada 24 November lalu menerusi arahan yang ditandatangani Ketua Polis Negara, Khalid Ismail.

Bagaimanapun, setakat ini belum ada kenyataan rasmi daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) atau PDRM berhubung pertukaran berkenaan.

Mohd Shuhaily yang dihubungi bagi mendapatkan pengesahan juga enggan mengulas perkara itu.

Usaha mendapatkan maklum balas daripada Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail dan Khalid turut dilakukan, namun belum mendapat sebarang pengesahan.

Perkembangan itu berlaku selepas Mohd Shuhaily berdepan pertuduhan di Mahkamah Majistret Sepang pada 21 Oktober lalu kerana didakwa mencederakan dua anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), September lalu.

Beliau mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.

Susulan kes itu, Saifuddin sebelum ini memaklumkan KDN memutuskan untuk menamatkan penempatan Mohd Shuhaily secara pinjaman di AKPS.

Bagaimanapun, Mohd Shuhaily dilihat kembali menjalankan tugas sebagai Ketua Pengarah AKPS pada 2 November lalu apabila mempengerusikan mesyuarat komander agensi itu selepas dilaporkan bercuti pada minggu sebelumnya.

Pada 14 November lalu, Khalid berkata beliau masih belum menerima sebarang arahan berhubung kepulangan Mohd Shuhaily ke pasukan polis.

Beliau turut menjelaskan Mohd Shuhaily sedang menjalani kontrak selama dua tahun sebagai Ketua Pengarah AKPS menerusi pelantikan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Untuk rekod, Mohd Shuhaily pernah mengetuai Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman sebelum dipinjamkan ke AKPS sebagai ketua pengarah pada 1 Julai tahun lalu.

Perkembangan terbaharu ini menimbulkan persoalan mengenai kedudukan beliau dalam AKPS, terutama susulan keputusan KDN sebelum ini untuk menamatkan penempatan secara pinjaman berkenaan.

Berita berkaitan
Malaysia masih negara aman, jangan samakan dengan Colombia: Saifuddin Nasution
21 jam lalu· Isu semasa
Dakwa dinafikan hak membela diri, Inspektor Sheila saman Ayob Khan dan PDRM
November 26, 2026· Isu semasa
KDN buru individu berprofil tinggi dalam sindiket dadah TUDM
November 26, 2026· Isu semasa
Lebih 40,000 kandungan buli diturunkan, 55 kandungan jelik libatkan kanak-kanak
November 26, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Isu penutupan premis Jumaat: Polis rakam keterangan lima individu termasuk MP Kota Melaka
November 29, 2026 · Isu semasa
Universiti diingatkan kawal hiburan ketika konvokesyen: Zambry
November 29, 2026 · Isu semasa
Kerajaan sedia saluran alternatif jika MySiren gagal berfungsi
November 29, 2026 · Isu semasa
MCMC perkukuh tindakan terhadap jualan barangan terlarang dalam talian
November 29, 2026 · Isu semasa
Isu seludup dadah TUDM: Anwar gesa jangan lindungi pengkhianat dalam pasukan keselamatan
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] 13 platform e-dagang sepakat banteras jualan barangan terlarang
November 29, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
November 24, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok