Keputusan rayuan Majlis Peguam cabar pengurangan hukuman Najib ditangguh

July 31, 2026 · Isu semasa

31 JUL : Keputusan rayuan Majlis Peguam berhubung cabaran terhadap keputusan Lembaga Pengampunan yang mengurangkan hukuman penjara dan denda bekas Perdana Menteri, Najib Razak dalam kes SRC International Sdn Bhd.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Lim Chong Fong menetapkan 7 Ogos depan untuk pengurusan kes bagi menentukan tarikh penyampaian keputusan selepas selesai mendengar hujahan semua pihak.

“Kami memerlukan masa untuk meneliti perkara ini dan menetapkan 7 Ogos depan untuk pengurusan kes bagi menetapkan tarikh penyampaian keputusan,” katanya.

Turut bersidang Azhahari Kamal Ramli dan Leonard David Shim.

Majlis Peguam diwakili peguam Yeo Yang Poh dan Zainur Zakaria, manakala Peguam Negara diwakili Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly @ Arwi sementara Najib diwakili Muhammad Shafee Abdullah.

Dalam hujahnya, Yang Poh berkata permohonan semakan kehakiman itu bukan bertujuan mencabar kuasa Yang di-Pertuan Agong, sebaliknya keputusan yang dibuat oleh Lembaga Pengampunan.

“Permohonan semakan kehakiman ini bukan untuk menyemak kuasa Yang di-Pertuan Agong, sebaliknya bagi mencabar keputusan Lembaga Pengampunan.

“Adalah penting untuk kebenaran diberikan pada peringkat ini. Kami memohon rayuan ini dibenarkan dan kes ini dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk pendengaran substantif,” katanya.

Bagaimanapun, Ahmad Hanir berhujah keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman adalah tepat kerana kuasa prerogatif pengampunan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan tidak tertakluk kepada semakan kehakiman.

“Oleh itu, pihak Peguam Negara berhujah jika keputusan memberikan pengampunan tidak tertakluk kepada semakan kehakiman, maka proses yang membawa kepada keputusan itu juga tidak tertakluk kepada semakan kehakiman,” katanya.

Muhammad Shafee turut menerima pakai hujah yang dikemukakan Peguam Negara.

Pada November 2024, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Majlis Peguam untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Lembaga Pengampunan.

Majlis Peguam memfailkan permohonan itu pada 26 April lalu dengan menamakan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya serta Najib sebagai responden.

Mereka memohon deklarasi supaya keputusan Lembaga Pengampunan pada 29 Januari yang mengurangkan hukuman penjara Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun serta denda daripada RM210 juta kepada RM50 juta diisytiharkan tidak sah dan terbatal.

Najib menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International.

Susulan petisyen pengampunan diraja yang difailkan pada September 2022, Lembaga Pengampunan memutuskan mengurangkan tempoh hukuman penjara dan jumlah denda, sekali gus membolehkan beliau layak dibebaskan lebih awal tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

 

Berita berkaitan
DNAA Zahid: Cabaran Majlis Peguam ditangguh, tunggu rayuan
October 21, 2026· Politik
Rayuan Majlis Peguam cabar pengampunan Najib diputuskan 7 Januari: Bernama
September 22, 2026· Politik
Azalina serah persoalan penangguhan pengampunan Najib kepada Hannah
September 15, 2026· Isu semasa
UMNO hormat keputusan Agong, tetap harap terbaik untuk Najib
September 11, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
3 jam lalu · Isu semasa
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
4 jam lalu · Isu semasa
Tiada bukti syarikat Malaysia cetus kebakaran hutan Indonesia: Arthur
4 jam lalu · Isu semasa
Kes saman RM1.9 juta: Najib dibenar hadir prosiding lawan Tommy Thomas
4 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan sudah bayar RM42.5 bilion hutang 1MDB, berbaki RM8.9 bilion
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok