RCI Tabung Haji: Bekas CEO, CFO syarikat GLC ditahan SPRM

August 5, 2026 · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan seorang bekas Ketua Pegawai Kewangan (CFO) sebuah syarikat milik badan berkanun bagi membantu siasatan berhubung dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH).

Kedua-dua lelaki berusia 68 dan 60 tahun itu disyaki menyalahgunakan kuasa dalam urusan pembelian saham dua syarikat perladangan yang dianggarkan bernilai RM370 juta.

Menurut sumber dipetik laporan BH, mereka ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM pada kira-kira jam 6.30 petang semalam.

“Bagaimanapun, kedua-dua suspek dibebaskan pada malam sama atas faktor kesihatan dan dijadual hadir semula ke Ibu Pejabat SPRM pada jam 10 pagi ini bagi menyambung rakaman percakapan,” menurut sumber.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abd Halim Aman mengesahkan penahanan berkenaan ketika dihubungi.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 yang melibatkan kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan.

Penahanan terbaharu itu menyusul tindakan SPRM menahan dua individu lain kelmarin selepas pasukan khas agensi berkenaan meneliti dapatan Laporan RCI Tabung Haji.

Suspek pertama ialah seorang pengarah syarikat reka bentuk berusia lingkungan 50-an yang disyaki memberi rasuah kira-kira RM300,000 kepada seorang bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) sebuah badan berkanun bagi mendapatkan projek bernilai sekitar RM8 juta.

Siasatan mendapati kesalahan itu dipercayai berlaku antara 2014 hingga 2018 menerusi kerja-kerja pengubahsuaian empat unit rumah milik bekas COO berkenaan dengan nilai keseluruhan sekitar RM300,000 sebagai balasan mendapatkan projek.

Seorang lagi suspek pula merupakan bekas pengurus ladang sebuah syarikat pembekalan anak benih pokok getah yang disyaki menyeleweng kontrak pembekalan bernilai kira-kira RM8 juta di dua syarikat perladangan yang juga anak syarikat badan berkanun terbabit antara 2015 hingga 2017.

Lelaki berusia lingkungan 50-an itu turut ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

RCI Tabung Haji ditubuhkan bagi meneliti pelbagai isu berkaitan tadbir urus, pengurusan dan urus niaga melibatkan institusi berkenaan.

Susulan laporan itu, SPRM menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat dakwaan salah laku dan penyelewengan yang dikenal pasti, termasuk mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang dipercayai terbabit.

Berita berkaitan
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
4 jam lalu· Isu semasa
Bekas polis dakwa jadi mangsa kekerasan Shuhaily 11 tahun lalu
7 jam lalu· Isu semasa
Op Viking: Polis sita aset RM409 juta berkait mafia korporat, 70 individu dipanggil
7 jam lalu· Isu semasa
Lima tahun dibicarakan, pendakwaan tutup kes terowong Guan Eng
20 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
3 jam lalu · Isu semasa
Tiada bukti syarikat Malaysia cetus kebakaran hutan Indonesia: Arthur
4 jam lalu · Isu semasa
Kes saman RM1.9 juta: Najib dibenar hadir prosiding lawan Tommy Thomas
4 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan sudah bayar RM42.5 bilion hutang 1MDB, berbaki RM8.9 bilion
6 jam lalu · Isu semasa
Parlimen: RUU tahanan di rumah hampir siap diteliti KDN, AGC
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok