LHDN mula siasat individu dikaitkan laporan RCI Tabung Haji

August 7, 2026 · Isu semasa

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) memulakan siasatan percukaian terhadap beberapa individu yang dikenal pasti menerusi Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH), termasuk melaksanakan serbuan di beberapa premis bagi mendapatkan maklumat berkaitan.

LHDN memaklumkan, tindakan itu dibuat selepas analisis risiko percukaian mendapati wujud ketidaksepadanan antara pemilikan aset dengan jumlah pendapatan yang diisytiharkan oleh individu terbabit.

Menurut agensi itu, operasi dijalankan bagi mendapatkan dokumen, membuat semakan serta mengesahkan fakta yang diperlukan untuk membantu siasatan.

“LHDN telah mengadakan serbuan ke beberapa premis berkaitan bagi mendapatkan maklumat, membuat semakan dokumen serta mengesahkan fakta berkaitan dengan siasatan yang sedang dijalankan.

“Setiap tindakan semakan dan siasatan dilaksanakan secara profesional, berintegriti serta berlandaskan peruntukan undang-undang percukaian yang berkuat kuasa tanpa sebarang prejudis terhadap mana-mana pihak,” menurut kenyataan LHDN pada Jumaat.

Sebelum ini, media melaporkan LHDN menyerbu tiga premis yang dikaitkan dengan beberapa bekas pegawai kanan TH susulan penemuan dalam laporan RCI.

Premis terbabit termasuk sebuah lokasi di Jalan Kampung Attap yang dikaitkan dengan bekas Pengerusi TH, selain dua lagi premis di Sri Hartamas dan Putra Heights, Subang Jaya yang dikaitkan dengan bekas Pengarah Urusan serta bekas pengurus besar TH.

LHDN turut menegaskan setiap siasatan dijalankan mengikut peruntukan undang-undang percukaian dan prosedur yang ditetapkan, tanpa mengira kedudukan mana-mana individu yang disiasat.

RCI Tabung Haji ditubuhkan bagi meneliti isu tadbir urus dan pengurusan institusi berkenaan, termasuk menilai beberapa keputusan pentadbiran serta urus niaga yang menjadi perhatian umum. Penemuan suruhanjaya itu turut mencadangkan tindakan lanjut diambil oleh agensi berkaitan sekiranya terdapat unsur pelanggaran undang-undang, termasuk melibatkan aspek percukaian.

Berita berkaitan
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
4 jam lalu· Isu semasa
Bekas polis dakwa jadi mangsa kekerasan Shuhaily 11 tahun lalu
7 jam lalu· Isu semasa
Op Viking: Polis sita aset RM409 juta berkait mafia korporat, 70 individu dipanggil
7 jam lalu· Isu semasa
Lima tahun dibicarakan, pendakwaan tutup kes terowong Guan Eng
19 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
3 jam lalu · Isu semasa
Tiada bukti syarikat Malaysia cetus kebakaran hutan Indonesia: Arthur
4 jam lalu · Isu semasa
Kes saman RM1.9 juta: Najib dibenar hadir prosiding lawan Tommy Thomas
4 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan sudah bayar RM42.5 bilion hutang 1MDB, berbaki RM8.9 bilion
5 jam lalu · Isu semasa
Parlimen: RUU tahanan di rumah hampir siap diteliti KDN, AGC
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok