RCI Tabung Haji: Tujuh ditahan, 115 saksi dipanggil dalam siasatan SPRM

August 13, 2026 · Isu semasa

Seramai tujuh individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan susulan pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji.

Daripada jumlah itu, lima individu telah direman, manakala SPRM setakat ini membuka 14 kertas siasatan berkaitan isu yang dibangkitkan dalam laporan berkenaan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abdul Halim Aman, berkata siasatan turut membabitkan pemeriksaan dan penggeledahan terhadap 28 premis selain memanggil 115 saksi untuk ditemu bual serta dirakam percakapan.

Menurutnya, siasatan masih dijalankan terhadap enam isu yang dibangkitkan dalam laporan RCI, selain beberapa perkara lain yang dikenal pasti sepanjang proses siasatan.

“Antara tindakan yang sedang dijalankan termasuk jejak kewangan membabitkan dokumen dan penyata kewangan daripada institusi kewangan selain penelitian terhadap dokumen kontrak serta dokumen pembayaran.

“SPRM turut meneliti aspek kelemahan tatakelola yang dipercayai menjadi antara faktor berlakunya isu yang dibangkitkan dalam laporan berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Abdul Halim berkata SPRM turut bersedia bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Lembaga Tabung Haji sekiranya diperlukan sepanjang siasatan.

Beliau menegaskan siasatan dijalankan secara menyeluruh berdasarkan fakta dan bukti susulan laporan RCI itu didedahkan kepada umum pada 29 Julai lalu.

“SPRM tidak akan berkompromi dalam meneliti sebarang unsur rasuah, penyelewengan, pemalsuan dokumen, salah guna kuasa atau pengubahan wang haram yang dikenal pasti berdasarkan hasil siasatan RCI.

“SPRM akan menjalankan siasatan secara menyeluruh berdasarkan fakta dan bukti yang diperoleh serta mengambil tindakan sewajarnya sekiranya terdapat kesalahan di bawah undang-undang,” katanya.

Pada 31 Julai lalu, SPRM menubuhkan pasukan khas diketuai Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Mohd Hafaz Nazar, bagi meneliti aspek perundangan dan kemungkinan berlakunya kesalahan jenayah.

Penubuhan pasukan itu susulan arahan kerajaan supaya penelitian terperinci dibuat terhadap dakwaan salah laku dan kelemahan yang dinyatakan dalam laporan RCI.

Laporan RCI Tabung Haji yang didedahkan kepada umum meneliti pengurusan dan operasi institusi itu bagi tempoh 2014 hingga 2020, termasuk isu berkaitan tadbir urus dan pengurusan kewangan.

Berita berkaitan
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
2 jam lalu· Isu semasa
Bekas polis dakwa jadi mangsa kekerasan Shuhaily 11 tahun lalu
5 jam lalu· Isu semasa
Op Viking: Polis sita aset RM409 juta berkait mafia korporat, 70 individu dipanggil
5 jam lalu· Isu semasa
Lima tahun dibicarakan, pendakwaan tutup kes terowong Guan Eng
18 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
1 jam lalu · Isu semasa
Tiada bukti syarikat Malaysia cetus kebakaran hutan Indonesia: Arthur
2 jam lalu · Isu semasa
Kes saman RM1.9 juta: Najib dibenar hadir prosiding lawan Tommy Thomas
2 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan sudah bayar RM42.5 bilion hutang 1MDB, berbaki RM8.9 bilion
4 jam lalu · Isu semasa
Parlimen: RUU tahanan di rumah hampir siap diteliti KDN, AGC
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok