Kes dadah Jakarta: Bukit Aman diberi akses siasat juruterbang Malaysia

15 jam lalu · Isu semasa

Pasukan penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman yang dihantar ke Jakarta diberi akses oleh pihak berkuasa Indonesia untuk menyoal siasat juruterbang Malaysia yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam penyeludupan dadah.

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata kebenaran itu membolehkan pasukan JSJN menemui dan menemu bual lelaki berusia 39 tahun berkenaan bagi membantu siasatan kes tersebut.

Beliau berkata, perkembangan itu sudah dimaklumkan kepadanya oleh Pengarah JSJN Bukit Aman, Hussein Omar Khan.

“Sejak awal lagi, penyiasat kita diberikan akses oleh pihak berkuasa Indonesia untuk menemu bual subjek terbabit.

“Proses itu masih berjalan dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk menyelesaikan tugas terlebih dahulu,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penerimaan Helikopter AW189 Maritim Malaysia di Stesen Udara Maritim Malaysia Subang hari ini.

Menurutnya, hasil sesi temu bual dan perkembangan lanjut siasatan akan dikongsikan kepada media selepas proses berkenaan selesai.

Juruterbang terbabit ditahan pihak berkuasa Indonesia pada 28 Julai lalu di Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta selepas pemeriksaan menemui 15 bungkusan besar dalam bagasinya.

Bungkusan itu dilaporkan mengandungi 70,114 pil ekstasi dan methamphetamine, sekali gus mencetuskan siasatan pihak berkuasa Indonesia serta kerjasama dengan agensi penguat kuasa Malaysia.

Dalam perkembangan sama, Saifuddin berkata, langkah mempertingkat kawalan keselamatan di lapangan terbang akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet minggu depan.

Katanya, beliau sudah menerima taklimat daripada Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta pasukan penyelaras yang membabitkan beberapa agensi berkaitan.

“Saya memberi mereka tempoh dua minggu bermula minggu lalu untuk mengkaji perkara ini.

“Saya akan meneliti perkara itu terlebih dahulu dan jika tiada perubahan, saya akan membentangkannya dalam mesyuarat Kabinet akan datang bersama Menteri Pengangkutan,” katanya.

Langkah itu dilihat penting susulan kes penyeludupan dadah melalui lapangan terbang, terutama bagi memastikan kelemahan dalam aspek pemeriksaan keselamatan dan kawalan penumpang dapat dikenal pasti serta diperbaiki.

Berita berkaitan
PH yakin DAP utamakan kestabilan politik: Saifuddin Nasution
15 jam lalu· Politik
Agong titah perketat keselamatan pintu masuk negara, siasat skandal RCI TH tanpa kompromi
August 8, 2026· Isu semasa
Kes juruterbang bawa dadah: Kerajaan arah perketat keselamatan lapangan terbang
August 5, 2026· Isu semasa
Polis siasat ‘orang dalam’ kes juruterbang seludup dadah
August 4, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
BUDI95: AMK cadang had subsidi dinaikkan semula kepada 300 liter
5 jam lalu · Isu semasa
RCI Tabung Haji: Tujuh ditahan, 115 saksi dipanggil dalam siasatan SPRM
15 jam lalu · Isu semasa
Ribut petir, hujan lebat diramal di lima negeri hari ini
18 jam lalu · Isu semasa
Tak perlu RCI baharu siasat TH, pembangkang dikecam keluar dewan: IKRAM
19 jam lalu · Isu semasa
Rakyat dapat 10GB data percuma sempena HKHM 2026
August 12, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026
[VIDEO] Anak perantauan digesa balik, undi calon PH demi masa depan Negeri Sembilan
July 31, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok