Kes dadah Jakarta: Juruterbang bawa dadah ke luar negara sejak 2024

August 17, 2026 · Isu semasa

Seorang juruterbang Malaysia Airlines yang ditahan di Indonesia bulan lalu disyaki sudah beberapa kali membawa dadah ke beberapa negara sejak 2024.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Hussein Omar Khan berkata, suspek dipercayai menggunakan jadual penerbangannya untuk membawa bahan terlarang keluar dari Malaysia ke destinasi tertentu.

Menurutnya, perkara itu didedahkan suspek ketika disoal siasat pasukan JSJN di Jakarta baru-baru ini.

“Dia terbabit sejak 2024 dengan peranannya membawa dadah keluar dari negara ke beberapa destinasi mengikut jadual penerbangannya.

“Ini bukan kali pertama kerana dia sudah beberapa kali membawa dadah ke beberapa negara,” katanya.

Pasukan JSJN sebelum ini bertemu suspek di Jakarta bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kegiatan berkenaan. Sesi soal siasat yang pada awalnya dijadualkan selama dua hari dilanjutkan sehari dengan kebenaran Polis Republik Indonesia.

Hussein berkata, suspek turut memberikan maklumat mengenai beberapa sindiket dadah yang dipercayai beroperasi di Malaysia dan Indonesia.

“PDRM akan menjalankan siasatan lanjut terhadap anggota sindiket yang dikenal pasti termasuk aliran kewangan berkaitan penjualan dadah,” katanya.

Maklumat mengenai rangkaian sindiket antarabangsa itu turut akan disalurkan kepada agensi penguatkuasaan dadah di negara terbabit bagi membantu tindakan lanjut.

Suspek berusia 39 tahun itu ditahan di Terminal 3 Ketibaan Antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Tangerang, Banten pada 29 Julai lalu selepas tiba dari Kuala Lumpur menaiki penerbangan MH727.

Dia ditahan kira-kira 11.30 malam selepas pegawai kastam Indonesia mengesan bagasinya sebagai mencurigakan menerusi imbasan sinar-X.

Pemeriksaan lanjut selepas bagasi dituntut menemukan 14 bungkusan mengandungi 70,114 pil ekstasi seberat kira-kira 25 kilogram. Empat gram syabu turut ditemukan dalam barang bawaannya.

Hussein bagaimanapun enggan mengulas kemungkinan suspek diekstradisi ke Malaysia.

Menurut pihak berkuasa Indonesia, juruterbang itu didakwa dijanjikan bayaran RM50,000 untuk membawa dadah berkenaan ke Jakarta sebelum ia diambil individu lain dari sebuah hotel.

Kes itu kini membuka siasatan lebih luas terhadap kemungkinan wujudnya rangkaian penyeludupan dadah antarabangsa yang menggunakan laluan penerbangan komersial bagi membawa bahan terlarang merentasi sempadan.

Berita berkaitan
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
2 jam lalu· Isu semasa
Kes saman RM1.9 juta: Najib dibenar hadir prosiding lawan Tommy Thomas
2 jam lalu· Isu semasa
Chegubard dipenjara empat bulan kes fitnah: Laporan
2 jam lalu· Politik
Bekas polis dakwa jadi mangsa kekerasan Shuhaily 11 tahun lalu
5 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
October 28, 2026 · Isu semasa
Tiada bukti syarikat Malaysia cetus kebakaran hutan Indonesia: Arthur
2 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan sudah bayar RM42.5 bilion hutang 1MDB, berbaki RM8.9 bilion
4 jam lalu · Isu semasa
Parlimen: RUU tahanan di rumah hampir siap diteliti KDN, AGC
4 jam lalu · Isu semasa
Eksport Malaysia ke AS melonjak 69.1 peratus, cecah RM282 bilion
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok