Pelaburan FELDA rugi RM2.5 bilion di Indonesia, Anwar minta bantuan Prabowo

August 21, 2026 · Isu semasa

Anwar Ibrahim meminta Presiden Indonesia, Prabowo Subianto membantu menyelesaikan isu pelaburan FELDA dalam Eagle High Plantations Tbk (EHP) yang kini tersangkut di mahkamah.

Perdana Menteri berkata sudah mengutus surat kepada Prabowo bagi meminta perhatian pemimpin Indonesia itu terhadap masalah pelaburan berkenaan yang berpotensi menyebabkan FELDA menanggung kerugian sehingga RM2.5 bilion.

Menurutnya, kes EHP menjadi antara contoh pelaburan bernilai besar yang memberi kesan kewangan kepada FELDA dan perlu ditangani supaya kesilapan sama tidak berulang.

“Isu yang dibangkitkan membabitkan hotel di London atau Kuching, itu masalah kecil. Isu paling besar termasuk pelaburan di Indonesia membabitkan EHP yang sekarang tersangkut di mahkamah,” katanya semasa sesi ramah mesra Perdana Menteri bersama pengurusan tertinggi dan pengurus FELDA hari ini.

Anwar berkata, jika isu berkenaan tidak diselesaikan dengan baik, FELDA mungkin hanya memperoleh sekitar RM200 juta daripada pelaburan tersebut berbanding nilai kerugian yang mencecah RM2.5 bilion.

“Kerugian kalau tidak ditangani, RM2.5 bilion, yang mungkin kita peroleh nanti hanya RM200 juta. Ini satu contoh,” katanya.

Pelaburan EHP merupakan antara kontroversi lama FELDA selepas urus niaga membabitkan pegangan dalam syarikat perladangan Indonesia itu menimbulkan persoalan mengenai nilai dan pulangan pelaburan.

Isu berkenaan turut dikaitkan dengan usaha kerajaan memperkemas tadbir urus serta kedudukan kewangan FELDA selepas institusi itu berdepan beberapa keputusan pelaburan yang memberi kesan besar kepada kedudukan kewangannya.

Anwar sebelum ini menegaskan pengurusan FELDA perlu lebih berhati-hati dalam membuat keputusan pelaburan, selain memastikan kepentingan peneroka dan institusi itu dilindungi.

Dalam perkembangan sama, campur tangan di peringkat kerajaan Indonesia dilihat penting bagi membantu mencari penyelesaian terhadap kes EHP yang masih melalui proses perundangan.

Berita berkaitan
Kerajaan sudah bayar RM42.5 bilion hutang 1MDB, berbaki RM8.9 bilion
October 28, 2026· Isu semasa
Eksport Malaysia ke AS melonjak 69.1 peratus, cecah RM282 bilion
October 28, 2026· Isu semasa
Anwar: Ahli politik dilarang campur tangan pelaburan GLIC
October 27, 2026· Isu semasa
Anwar: Semua kawasan Parlimen dapat peruntukan pembangunan
October 27, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Parlimen: RUU tahanan di rumah hampir siap diteliti KDN, AGC
October 28, 2026 · Isu semasa
Isu MyKad tular dimiliki warga asing, JPN siasat dakwaan
2 jam lalu · Isu semasa
Bekas polis dakwa jadi mangsa kekerasan Shuhaily 11 tahun lalu
2 jam lalu · Isu semasa
Op Viking: Polis sita aset RM409 juta berkait mafia korporat, 70 individu dipanggil
2 jam lalu · Isu semasa
Fahmi agih baucar Deepavali di Lembah Pantai, bantu ringankan beban penduduk
15 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok