Pimpinan PAS muncul di PAU, kerjasama pilihan raya jadi tanda tanya

September 11, 2026 · Politik

Kehadiran beberapa pemimpin utama PAS pada hari ketiga Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini pada Jumaat mencuri perhatian, sekali gus mencetuskan spekulasi mengenai potensi kerjasama politik antara kedua-dua parti.

Antara pimpinan PAS yang hadir ialah Naib Presiden PAS, Idris Ahmad; Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan; Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari serta Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman.

Mereka dilihat duduk di bangku tetamu bersama pimpinan PAS yang lain ketika menghadiri persidangan parti berkenaan.

Kehadiran tersebut dilihat mempunyai makna politik tersendiri, khususnya ketika UMNO dan PAS berdepan perkembangan politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijangka menjadi antara medan penting bagi menentukan corak kerjasama parti-parti politik.

Perkembangan itu turut dilihat sebagai kunjungan balas selepas Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki menghadiri Muktamar Tahunan PAS ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa, Kelantan minggu lalu bagi mewakili Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi.

Kehadiran pimpinan kedua-dua parti dalam program rasmi masing-masing membuka ruang kepada persoalan sama ada hubungan tersebut akan berkembang kepada perbincangan lebih serius berkaitan pembahagian kerusi atau strategi menghadapi pilihan raya.

Sebelum ini, UMNO bersetuju menjemput barisan kepimpinan tertinggi PAS menghadiri PAU 2026 yang berlangsung dari 9 hingga 12 September sebagai balasan kepada jemputan PAS kepada pimpinan UMNO.

Hubungan UMNO dan PAS bukan perkara baharu. Kedua-dua parti pernah menjalinkan kerjasama politik secara rasmi menerusi Muafakat Nasional (MN) pada 2019 susulan perkembangan politik selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

Namun, kerjasama itu akhirnya berakhir apabila PAS mengukuhkan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menerusi Perikatan Nasional (PN).

Dalam perkembangan politik semasa, kemunculan pimpinan PAS di pentas PAU kali ini dilihat memberi isyarat baharu terhadap hubungan kedua-dua parti, walaupun belum ada pengesahan mengenai sebarang bentuk kerjasama rasmi.

Perkara paling menjadi perhatian kini ialah sama ada hubungan yang semakin terbuka itu akan membawa kepada persefahaman pembahagian kerusi, khususnya dalam menghadapi pilihan raya negeri akan datang.

Berita berkaitan
Syarat UMNO: Adakah PAS sanggup cerai Wawasan sama seperti Bersatu?
1 jam lalu· Politik
Selagi ada majoriti, tak perlu layan desakan PRU awal
1 jam lalu· Politik
UMNO jangan satu kaki kerajaan, satu kaki pembangkang: AMK
1 jam lalu· Politik
Selepas berdegar-degar, Zahid umum UMNO kekal dalam Kerajaan Perpaduan
5 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Zahid : Jangan cabar UMNO keluar Kerajaan Perpaduan
8 jam lalu · Politik
UMNO jangan bergantung parti lain, bina kekuatan sendiri : Mohamad
9 jam lalu · Politik
PKR tolak PRU-16 awal, tunggu sehingga habis penggal: Saifuddin Nasution
11 jam lalu · Politik
Rata-rata perwakilan UMNO cenderung berunding dengan PAS sahaja: Asyraf Wajdi
13 jam lalu · Politik
PH Melaka sedia bertanding, tak takut BN Plus
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok