PH Melaka sedia bertanding, tak takut BN Plus

14 jam lalu · Politik

Pakatan Harapan (PH) Melaka memberi isyarat jelas tidak akan membiarkan Pilihan Raya Negeri (PRN) menjadi gelanggang yang memecah-belahkan rakyat, meskipun persaingan politik dijangka sengit susulan pendirian BN untuk bergerak dengan formula ‘BN Plus’.

Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Melaka, Adam Adli Abd Halim berkata, persaingan pilihan raya tidak sepatutnya menutup ruang untuk parti politik terus bekerjasama demi kepentingan rakyat.

“Kita nak rakyat, terutama pengundi tidak melihat medan pilihan raya ini sebagai medan perpecahan.

“Bersaing dalam pilihan raya tidak sepatutnya menjejaskan hubungan dan keharmonian dalam negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Kampung Angkat Madani (KAM) Kampung Sungai Putat di Batu Berendam, hari ini.

Adam Adli yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya berkata, sepanjang lebih tiga tahun kerajaan perpaduan di Melaka, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada PH memberikan kerjasama baik kepada kerajaan negeri.

Katanya, PH mahu menjadi sebahagian daripada usaha membawa pendekatan politik yang disenangi masyarakat, selain mengubah persepsi parti politik tidak mampu bekerjasama atau mewakili kepentingan masyarakat secara menyeluruh.

Dalam menghadapi PRN akan datang, Adam Adli berkata PH sentiasa bersedia untuk bertanding, termasuk kemungkinan meletakkan calon di semua kerusi yang ditandingi sebelum ini.

“Memang kena sentiasa bersedia sebab runding atau tidak runding itu pilihan masing-masing, setiap parti ada hak untuk buat keputusan.

“Kalau kita bersaing di semua kerusi yang ditandingi pun tidak jadi isu kerana kita memang sebelum ini pun macam itu juga,” katanya.

Kenyataan itu dibuat susulan pendirian Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh yang memaklumkan BN akan menggunakan formula ‘BN Plus’, selain hanya memulakan rundingan dengan parti lain selepas DUN Melaka dibubarkan.

Ab Rauf sebelum ini turut memberi bayangan pembubaran DUN Melaka akan berlaku dalam masa terdekat, sekali gus membuka laluan kepada PRN.

PH Melaka kini perlu menentukan strategi menghadapi PRN, termasuk sama ada meneruskan kerjasama politik sedia ada atau bertanding secara lebih agresif bagi mempertahankan kerusi yang dimenanginya.

Berita berkaitan
Zahid : Jangan cabar UMNO keluar Kerajaan Perpaduan
8 jam lalu· Politik
UMNO jangan bergantung parti lain, bina kekuatan sendiri : Mohamad
9 jam lalu· Politik
PKR tolak PRU-16 awal, tunggu sehingga habis penggal: Saifuddin Nasution
11 jam lalu· Politik
UMNO Kedah tolak PN gelar ‘parti kucing’, pilih runding terus dengan PAS
15 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Syarat UMNO: Adakah PAS sanggup cerai Wawasan sama seperti Bersatu?
1 jam lalu · Politik
Selagi ada majoriti, tak perlu layan desakan PRU awal
1 jam lalu · Politik
UMNO jangan satu kaki kerajaan, satu kaki pembangkang: AMK
1 jam lalu · Politik
Selepas berdegar-degar, Zahid umum UMNO kekal dalam Kerajaan Perpaduan
5 jam lalu · Politik
Rata-rata perwakilan UMNO cenderung berunding dengan PAS sahaja: Asyraf Wajdi
13 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok