Amaran kecemasan dikeluarkan di tujuh kawasan Saudi

September 19, 2026 · Isu semasa

Arab Saudi mengeluarkan amaran kecemasan di tujuh kawasan termasuk Jeddah dan Taif, susulan ancaman keselamatan yang tidak diperincikan pihak berkuasa.

Pihak berkuasa Pertahanan Awam Arab Saudi pada Jumaat menggesa penduduk di kawasan terlibat supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan keselamatan yang disampaikan menerusi platform amaran awal kebangsaan.

Menurut laporan Anadolu Ajansi yang memetik beberapa hantaran Pertahanan Awam Saudi di platform X, amaran berkenaan melibatkan Jeddah, Taif, Yanbu, AlUla, Khamis Mushait, Jazan dan Abha.

Bagaimanapun, pihak berkuasa tidak mendedahkan secara terperinci bentuk ancaman yang mencetuskan amaran berkenaan.

“Penduduk diminta mematuhi arahan dan panduan keselamatan yang dikeluarkan menerusi platform amaran awal kebangsaan,” menurut kenyataan pihak berkuasa.

Tiada laporan mengenai kematian atau kerosakan akibat amaran tersebut. Pertahanan Awam Saudi kemudian memaklumkan ancaman sudah berakhir di kawasan yang terjejas.

Amaran terbaharu itu dikeluarkan sehari selepas pihak berkuasa Saudi melaporkan seorang terbunuh manakala dua lagi cedera akibat serpihan sebuah dron yang dipintas di ruang udara Taif, di barat Arab Saudi.

Dalam kejadian itu, serpihan dron dilaporkan jatuh selepas sistem pertahanan Saudi memintas ancaman berkenaan.

Pertahanan Awam Saudi turut mengeluarkan beberapa amaran keselamatan di kawasan lain termasuk Abha dan Khamis Mushait sejak beberapa hari lalu sebelum status ancaman kemudiannya ditamatkan.

Situasi itu berlaku ketika ketegangan keselamatan di rantau berkenaan terus mendapat perhatian, khususnya susulan tindakan kumpulan Houthi yang berpangkalan di Yaman.

Pada 20 Julai lalu, Houthi mengumumkan apa yang disifatkannya sebagai “sekatan maritim” terhadap Arab Saudi dan kemudian mendakwa melancarkan serangan menggunakan peluru berpandu serta dron terhadap kapal dan lokasi berkaitan Saudi.

Perkembangan itu meningkatkan keperluan kesiapsiagaan keselamatan di beberapa kawasan Arab Saudi, khususnya wilayah yang mempunyai kepentingan strategik serta berdekatan kawasan konflik serantau.

Berita berkaitan
Dua dron Houthi dipintas di ruang udara Makkah
November 15, 2026· Isu semasa
Serangan di Arab Saudi: Tiga maut, 10 cedera
October 22, 2026· Isu semasa
Tangguh umrah, keselamatan jemaah jadi keutamaan: Mohamad Hasan
October 15, 2026· Isu semasa
Mohamad Hasan sahkan rakyat Malaysia di Riyadh selamat
October 14, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Jangan abaikan madrasah dalam mengejar kemajuan negara: Anwar
2 jam lalu · Isu semasa
SPR daftar hampir 42,000 pengundi baharu pada Oktober
6 jam lalu · Isu semasa
MySIREN lebih pantas daripada SMS, data pengguna kekal selamat: Fahmi
8 jam lalu · Isu semasa
MySIREN dilancar, amaran kecemasan terus ke telefon bimbit
9 jam lalu · Isu semasa
Penempatan Rohingya: AMK persoal pengumuman Zahid
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok