Fahmi: Jasa dan pengorbanan Tun Dr Siti Hasmah akan dikenang

September 28, 2026 · Isu semasa

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menzahirkan ucapan takziah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarga atas pemergian isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Fahmi menyifatkan pemergian Siti Hasmah sebagai satu kehilangan besar, terutama kepada Dr Mahathir yang selama ini melalui pelbagai fasa kehidupan bersama insan yang sentiasa berada di sisinya.

Menurut Fahmi, Siti Hasmah bukan sekadar seorang isteri, malah menjadi tunjang kekuatan kepada Dr Mahathir sepanjang perjalanan hidup dan kerjayanya.

“Hari ini, kata-kata sahaja tidak mampu menggambarkan betapa sedihnya kita atas pemergian seorang insan yang begitu besar jasanya.

“Namun, di sebalik kehilangan ini, ada seorang insan yang pastinya merasakan kehilangan itu jauh lebih dalam,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Fahmi berkata, Siti Hasmah berdiri teguh di belakang Dr Mahathir, menemani setiap langkah, perjuangan serta jatuh bangun beliau dalam kehidupan dan kerjaya.

“Beliau menjadi tunjang kekuatan di sisi Tun Dr Mahathir. Kini, setelah sekian lama berjalan bersama, satu perjalanan itu terpaksa diteruskan tanpa insan yang selama ini sentiasa berada di sisi,” katanya.

Sehubungan itu, Fahmi menyampaikan ucapan takziah kepada Dr Mahathir dan seluruh keluarga, selain mendoakan mereka diberikan kekuatan serta ketabahan dalam menghadapi kehilangan itu.

“Jasa, kasih dan pengorbanan Tun Dr Siti akan sentiasa dikenang. Semoga rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.

“Al-Fatihah,” katanya.

Siti Hasmah, seorang tokoh perubatan dan figura awam, dikenali kerana penglibatannya dalam pelbagai kegiatan kebajikan serta isu berkaitan kesihatan dan wanita.

Berita berkaitan
Dr Mahathir masuk IJN untuk pemantauan: Bernama
2 jam lalu· Isu semasa
PH-Bersatu masih belum duduk berunding secara rasmi: Fahmi
20 jam lalu· Politik
Belanjawan 2027: Kementerian Komunikasi kemuka lebih 20 inisiatif
20 jam lalu· Isu semasa
Jenazah Dr Hasmah disemadi bersebelahan pusara Datin Seri Endon
September 28, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
29 kawasan catat IPU tidak sihat, Selangor paling terjejas
September 30, 2026 · Isu semasa
KPMG cadang SST lebih mesra perniagaan: Bernama
September 30, 2026 · Isu semasa
MEF: Kenaikan gaji minimum perlu ikut kemampuan majikan
September 30, 2026 · Isu semasa
40,000 unit dalam 20 bulan, Proton e.MAS terus berkembang
September 30, 2026 · Isu semasa
Ekonomi Malaysia terus kukuh, S&P kekal penarafan A-
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok