Bina tabiat digital sihat, jangan biar anak leka gajet: Fahmi

November 20, 2026 · Isu semasa

Ibu bapa dan masyarakat digesa memainkan peranan lebih aktif dalam membentuk tabiat digital sihat dalam kalangan kanak-kanak, termasuk mengehadkan masa penggunaan skrin serta menggalakkan lebih banyak aktiviti di dunia sebenar.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, kanak-kanak berhak membesar dalam persekitaran yang selamat dan dilindungi, bukan sahaja ketika berada di dunia nyata, malah ketika menggunakan internet.

Menurutnya, perkembangan dunia digital ketika ini menuntut ibu bapa lebih peka dalam memastikan anak-anak tidak terlalu bergantung kepada peranti elektronik sehingga menjejaskan perkembangan fizikal, sosial dan emosi mereka.

“Dunia yang semakin digital ini memerlukan kita membantu mereka membina tabiat yang sihat. Kurangkan masa skrin, lebihkan masa untuk bermain, bergerak, belajar dan berinteraksi dengan dunia sebenar,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi hantaran di Facebook sempena sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia yang diraikan pada 20 November setiap tahun.

Fahmi turut mengingatkan tanggungjawab melindungi kanak-kanak bukan sekadar memastikan keselamatan mereka pada hari ini, sebaliknya menyediakan asas kehidupan yang baik untuk masa depan.

“Tanggungjawab kita bukan sekadar menjaga mereka hari ini, tetapi memastikan mereka membesar dengan sihat, yakin dan bersedia menghadapi masa depan,” katanya.

Dalam era penggunaan teknologi yang semakin meluas, pendedahan kanak-kanak kepada telefon pintar, tablet dan media sosial memerlukan pemantauan serta bimbingan berterusan daripada ibu bapa.

Penggunaan teknologi secara seimbang penting bagi memastikan kanak-kanak dapat menikmati manfaat dunia digital tanpa mengabaikan aktiviti fizikal, pembelajaran dan interaksi sosial.

Hari Kanak-Kanak Sedunia disambut setiap 20 November bagi meningkatkan kesedaran mengenai hak, kebajikan dan isu yang dihadapi kanak-kanak di seluruh dunia.

Berita berkaitan
Fahmi saran pengusaha perniagaan kemuka isu kepada kerajaan: Bernama
November 19, 2026· Isu semasa
Sistem Amaran Awal Nasional diuji 23 dan 29 November, Fahmi minta orang ramai bersedia
November 19, 2026· Isu semasa
Dakwaan data Malaysia bocor belum disahkan, NACSA pantau ancaman
November 18, 2026· Isu semasa
Fahmi: AI ubah landskap pekerjaan, kerajaan perkukuh perlindungan rakyat
November 18, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kes dadah TUDM: Kabinet akan bincang kawalan keselamatan pangkalan udara
10 jam lalu · Isu semasa
Penempatan Rohingya: Media antarabangsa lapor kerajaan Turkiye nafi kenyataan Zahid
10 jam lalu · Isu semasa
Penjara terlebih kapasiti, hampir 25,000 banduan dibebas secara lesen
10 jam lalu · Isu semasa
Lima syarikat Bumiputera berjaya disenaraikan di Bursa Malaysia
10 jam lalu · Isu semasa
Eksekutif rugi RM617,000 diperdaya pelaburan aksesori kereta
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok