Jerebu: KPM pantau situasi, maklumat penutupan sekolah ditambah baik

October 12, 2026 · Isu semasa

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan terus memantau situasi jerebu dan menambah baik penyampaian maklumat berhubung penutupan sekolah bagi membolehkan ibu bapa membuat persediaan lebih awal.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, beliau memahami keresahan ibu bapa yang mengharapkan keputusan penutupan sekolah diumumkan lebih awal, terutama bagi keluarga yang perlu mengatur urusan penjagaan dan pengangkutan anak-anak.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) boleh berubah mengikut masa dan lokasi, menyebabkan keputusan berkaitan operasi sekolah perlu mengambil kira keadaan semasa di kawasan terjejas.

“Pengurusan jerebu juga melibatkan tanggungjawab yang lebih luas. Jabatan Alam Sekitar berperanan memantau kualiti udara dan menangani isu pencemaran, manakala Kementerian Kesihatan Malaysia memberikan panduan berkaitan risiko kesihatan kepada masyarakat.

“KPM pula memberi tumpuan kepada keselamatan murid dan pengurusan operasi sekolah berdasarkan keadaan semasa,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Fadhlina turut mengingatkan gangguan persekolahan boleh memberi kesan besar terhadap pembelajaran murid, berdasarkan pengalaman negara berdepan pandemik COVID-19 sebelum ini.

Menurutnya, usaha menangani keciciran pembelajaran masih diteruskan, manakala masa pembelajaran yang hilang bukan mudah untuk diganti, khususnya apabila kemudahan pembelajaran dan pengajaran di rumah (PdPR) tidak sama bagi setiap murid.

Sehubungan itu, beliau menegaskan keputusan berkaitan penutupan sekolah perlu mengambil kira keseimbangan antara keselamatan murid dan kesinambungan pembelajaran.

Dalam perkembangan sama, murid yang tinggal di asrama disarankan terus berada di asrama sepanjang tempoh penutupan sekolah akibat jerebu, selagi keadaan mengizinkan dan keselamatan serta kebajikan mereka terjamin.

Fadhlina berkata, langkah itu dapat mengurangkan beban ibu bapa yang perlu mengambil dan menghantar anak berulang kali apabila operasi sekolah berubah mengikut keadaan jerebu.

KPM akan terus memantau situasi melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), selain memperbaiki penyampaian maklumat kepada ibu bapa dari semasa ke semasa.

Beliau turut menghargai pandangan serta kesabaran ibu bapa dalam menghadapi situasi jerebu yang boleh menjejaskan rutin harian dan persekolahan anak-anak.

“Terima kasih kepada semua ibu bapa atas pandangan dan kesabaran sepanjang kita berdepan situasi ini,” katanya.

Berita berkaitan
Jerebu: Sekolah di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan ditutup esok
2 jam lalu· Isu semasa
Jerebu: 23 kawasan catat IPU tidak sihat
October 12, 2026· Isu semasa
Jerebu: 15 kawasan catat IPU tidak sihat
October 11, 2026· Isu semasa
Jerebu makin membimbangkan, tiada kawasan catat IPU sihat
October 10, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Lelaki Islam, ibu ditahan JAIS berhubung ritual agama lain
October 13, 2026 · Isu semasa
MCMC pantau dakwaan maklumat palsu berkaitan isu Belanjawan 2027
5 jam lalu · Isu semasa
Saifuddin: Sistem pendaftaran UNHCR cetus masalah pengurusan pelarian
5 jam lalu · Isu semasa
SPRM, polis siasat isu tunggakan RM314 juta MyEG, Zetrix kepada JPJ
5 jam lalu · Isu semasa
Lapangan Terbang Riyadh Ditutup Hingga 17 Oktober
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok