Lelaki Islam, ibu ditahan JAIS berhubung ritual agama lain

14 jam lalu · Isu semasa

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan penahanan seorang lelaki beragama Islam berusia 21 tahun bersama ibunya yang berusia 52 tahun bagi membantu siasatan berhubung dakwaan melakukan ritual agama lain.

Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad, berkata kedua-dua individu itu ditahan di Kuala Lumpur tengah hari tadi menerusi waran tangkap bersaling yang dikeluarkan Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Penahanan dilaksanakan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sebelum kedua-duanya diserahkan untuk tindakan lanjut.

“ Kedua-dua Orang Yang Disyaki (OYDS) kini sedang disiasat oleh JAIS mengikut Seksyen 4 dan 10 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, hasil risikan selepas kes itu tular, JAIS turut dijangka memanggil sekurang-kurangnya 14 individu lain bagi membantu siasatan.

Mohd Shahzihan menegaskan JAIS memandang serius perkara itu dan akan memastikan setiap tindakan dilaksanakan berdasarkan bidang kuasa, undang-undang serta fakta kes.

Sebelum ini, JAIS memaklumkan pihaknya sedang menyiasat seorang individu yang disyaki melakukan perbuatan bertentangan dengan hukum syarak apabila didakwa menyertai ritual agama lain ketika sambutan Thaipusam di Batu Caves, Selangor.

Kes berkenaan mencetuskan perhatian selepas rakaman berkaitan perbuatan yang didakwa itu tersebar di media sosial.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4 dan Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995. Pihak berkuasa agama kini meneruskan siasatan bagi menentukan fakta sebenar serta mengenal pasti individu lain yang dipercayai mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan.

Berita berkaitan
Seorang warga Malaysia ditahan di Laos, 521kg methamphetamine dirampas
October 6, 2026· Isu semasa
Tiga pelajar lelaki ditahan bantu siasatan kematian Irene Sofiya: Laporan
October 4, 2026· Isu semasa
SPRM tahan bekas pegawai dalam skandal UiTM Holdings: Laporan
September 29, 2026· Isu semasa
86 laporan, polis selesai siasatan ucapan Noorazli semasa Perhimpunan UMNO
September 17, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Enam negeri dapat RM21.26 bilion untuk belanja pembangunan: Menteri Ekonomi
October 13, 2026 · Isu semasa
Anwar kecam dunia gagal bela Palestin
October 13, 2026 · Isu semasa
PMX antara pemimpin dunia paling lantang perjuang Palestin: Fahmi
October 13, 2026 · Isu semasa
Jerebu: Sekolah di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan ditutup esok
16 jam lalu · Isu semasa
MCMC pantau dakwaan maklumat palsu berkaitan isu Belanjawan 2027
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok