Jerebu: 23 kawasan catat IPU tidak sihat

October 12, 2026 · Isu semasa

Sebanyak 23 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 10 pagi Isnin, dengan Kota Tinggi, Johor mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 170.

Berdasarkan data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Johor merekodkan enam kawasan dengan IPU tidak sihat, termasuk Kota Tinggi, Pasir Gudang (169), Pengerang (164), Larkin (159), Tangkak (155), serta Batu Pahat dan Kluang yang masing-masing mencatatkan bacaan 152.

Di Negeri Sembilan, Seremban merekodkan IPU 166, diikuti Nilai (164) dan Port Dickson (152), manakala Putrajaya mencatatkan bacaan 151.

Pahang turut terjejas apabila Balok Baru, Kuantan merekodkan IPU 162, diikuti Rompin (157) dan Indera Mahkota (130).

Di Terengganu, Kemaman mencatatkan bacaan 156, Paka (155) dan Kuala Terengganu (151).

Sementara itu, Bukit Rambai di Melaka merekodkan IPU 154, manakala Bandaraya Melaka mencatatkan 117 dan Alor Gajah (107).

Di kawasan lain, Cheras di Kuala Lumpur mencatatkan IPU 127, Johan Setia di Selangor (123) dan kawasan IPD Serian di Sarawak (116).

Secara keseluruhan, sebanyak 42 kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala tiga kawasan berada pada tahap baik.

Mengikut pengelasan JAS, bacaan IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, manakala bacaan 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat.

Bacaan antara 201 hingga 300 pula menunjukkan tahap sangat tidak sihat, sementara bacaan melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya.

Keadaan jerebu yang menjejaskan beberapa kawasan ini memerlukan orang ramai memantau perkembangan kualiti udara dan mengurangkan aktiviti luar sekiranya keadaan bertambah buruk, khususnya bagi golongan kanak-kanak, warga emas serta individu yang mempunyai masalah pernafasan.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai bacaan IPU melalui portal APIMS Jabatan Alam Sekitar bagi mengetahui keadaan kualiti udara di kawasan masing-masing.

Berita berkaitan
Jerebu: Sekolah di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan ditutup esok
2 jam lalu· Isu semasa
Jerebu: KPM pantau situasi, maklumat penutupan sekolah ditambah baik
October 12, 2026· Isu semasa
Jerebu: 15 kawasan catat IPU tidak sihat
October 11, 2026· Isu semasa
Jerebu makin membimbangkan, tiada kawasan catat IPU sihat
October 10, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Lelaki Islam, ibu ditahan JAIS berhubung ritual agama lain
October 13, 2026 · Isu semasa
MCMC pantau dakwaan maklumat palsu berkaitan isu Belanjawan 2027
5 jam lalu · Isu semasa
Saifuddin: Sistem pendaftaran UNHCR cetus masalah pengurusan pelarian
5 jam lalu · Isu semasa
SPRM, polis siasat isu tunggakan RM314 juta MyEG, Zetrix kepada JPJ
5 jam lalu · Isu semasa
Lapangan Terbang Riyadh Ditutup Hingga 17 Oktober
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok