BN-PN bergabung, DAP perlu bersedia hadapi cabaran besar: Loke

2 jam lalu · Politik

DAP menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) menjadi lebih mencabar sekiranya kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) diperluas ke peringkat nasional.

Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook berkata perkembangan itu membawa cabaran baharu kepada parti berkenaan, sekali gus menuntut seluruh jentera DAP memperkukuh persiapan bagi mempertahankan kerusi yang dimenangi, khususnya di Kuala Lumpur.

Berucap pada Konvensyen DAP Wilayah Persekutuan, Loke mengingatkan anggota parti supaya tidak berundur meskipun berdepan tekanan politik dan perubahan landskap kerjasama antara parti.

“DAP mesti cukup berani untuk menghadapi apa sahaja cabaran yang mendatang dan terus melakukan perkara yang betul, walaupun ia tidak semestinya memberikan keuntungan politik,” katanya.

Beliau berkata konvensyen itu mungkin menjadi pertemuan terakhir parti sebelum menghadapi PRU16, dengan tempoh 12 bulan akan datang dijangka dipenuhi pelbagai persiapan dan cabaran.

“Dalam tempoh 12 bulan akan datang, banyak kerja dan cabaran perlu kita hadapi, dan DAP Wilayah Persekutuan mesti membantu mempertahankan kerusi kita di Kuala Lumpur,” katanya.

Loke turut memaklumkan kepimpinan DAP sudah menjalankan bedah siasat susulan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada November tahun lalu, apabila parti itu kehilangan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandinginya.

Menurutnya, beberapa langkah telah dilaksanakan bagi memulihkan sokongan rakyat, namun DAP perlu terus memperkukuh kedudukan dan bersedia menghadapi persaingan yang lebih sengit menjelang PRU-16.

Kebimbangan DAP itu hadir ketika BN dan PN mula memperlihatkan kerjasama lebih tersusun dalam pilihan raya negeri, sekali gus mencetuskan kemungkinan perubahan dalam percaturan politik menjelang pilihan raya umum akan datang.

Kedua-dua gabungan itu sebelum ini bekerjasama pada PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos lalu dan memperoleh majoriti dua pertiga, ketika Pakatan Harapan (PH) berdepan kekalahan besar.

Loke sendiri antara pemimpin yang terkesan apabila tewas di kerusi DUN Chennah yang disandangnya sejak 2013 kepada calon BN, Siow Kong Choon.

BN dan PN turut mencapai persefahaman bagi menghadapi PRN Melaka pada 14 November ini, dengan BN bertanding di 23 kerusi manakala PN bertanding di lima kerusi.

Perkembangan itu menjadi ujian penting kepada PH, termasuk DAP, untuk menilai semula strategi pilihan raya, memperkukuh sokongan akar umbi dan mempertahankan pengaruh dalam kalangan pengundi menjelang PRU-16.

Berita berkaitan
Najib kekal di penjara selagi denda RM50 juta belum dibayar: AG
2 jam lalu· Politik
PRN Melaka: Elak isu 3R, semua parti dinasihati kempen secara sihat
3 jam lalu· Politik
PRN Melaka: PH persoal rekod BN, isu rakyat belum selesai
4 jam lalu· Politik
Kos sara hidup, rumah mampu milik jadi fokus manifesto PH Melaka
4 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Isu KKDW terlebih belanja RM2.1 bilion: AMK Selangor persoal penjelasan SUA Zahid
November 1, 2026 · Politik
Putrajaya lulus hampir semua projek pembangunan Kelantan: Menteri Besar
3 jam lalu · Politik
Ibu sokong BN, anak bertanding tiket PH: Kasih sayang tetap utuh
16 jam lalu · Politik
PRN Melaka: PKR pertaruh Ketua AMK di Ayer Molek
October 31, 2026 · Politik
PRN Melaka: PH tampil Mohd Yunazri cabar Ab Rauf di Tanjung Bidara
October 31, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
2 jam lalu
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok