MMM mahu hak pekerja Utusan, Kosmo! dilindungi

4 jam lalu · Isu semasa

Majlis Media Malaysia (MMM) menggesa Media Mulia Sdn Bhd memastikan kebajikan dan hak pekerja terus dilindungi susulan langkah penstrukturan semula operasi membabitkan akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo!.

MMM berkata, pihaknya menerima aduan daripada beberapa pekerja yang melahirkan kebimbangan mengenai jaminan pekerjaan serta masa depan kerjaya mereka, meskipun belum ada pengumuman rasmi berhubung pemberhentian kakitangan setakat ini.

Menurut kenyataan majlis itu, pihak pengurusan Media Mulia perlu memberikan penjelasan secara terbuka dan telus kepada pekerja mengenai proses penstrukturan, kriteria keputusan berkaitan pekerjaan serta kemungkinan kesannya terhadap kedudukan mereka.

“Walaupun belum ada sebarang pengumuman rasmi mengenai pemberhentian pekerja, MMM memandang serius kebimbangan yang dibangkitkan oleh petugas. Kebimbangan ini tidak boleh dipandang ringan,” menurut kenyataan itu.

MMM mengakui organisasi media kini berdepan tekanan kewangan dan operasi yang besar, selain perlu menyesuaikan model perniagaan dengan perubahan landskap industri serta peralihan kepada platform digital.

Bagaimanapun, majlis itu menegaskan sebarang keputusan penstrukturan perlu dilaksanakan dengan mengambil kira prinsip ketelusan, keadilan dan rundingan bermakna bersama pekerja yang terjejas.

“Walaupun syarikat perlu mempunyai ruang untuk membuat keputusan sukar demi memastikan kelangsungan perniagaan, keputusan sedemikian mestilah disertai dengan ketelusan, keadilan dan rundingan bermakna bersama pekerja yang terjejas,” katanya.

MMM turut mengalu-alukan komitmen Media Mulia untuk menangani kebimbangan kakitangannya, namun meminta pihak pengurusan menterjemahkan komitmen itu melalui komunikasi terbuka dan penjelasan yang menyeluruh.

Dalam perkembangan sama, MMM menyambut baik kesediaan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil untuk mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan bagi meneliti situasi itu serta mencari penyelesaian terhadap kebimbangan mengenai jaminan pekerjaan.

Majlis itu turut menawarkan kesediaan untuk menjadi pemudah cara perbincangan antara pihak pengurusan dan pekerja bagi memastikan penyelesaian yang adil serta mampan.

Sebelum ini, Media Mulia dilaporkan sedang melaksanakan penilaian strategik terhadap model perniagaan, struktur operasi dan hala tuju syarikat, termasuk Program Cuti Berbayar yang membabitkan hampir 100 pekerja.

Langkah rasionalisasi itu dilaksanakan bagi memastikan kelangsungan operasi syarikat penerbitan berkenaan dalam menghadapi perubahan industri media yang semakin mencabar, khususnya perkembangan dan persaingan platform digital.

Berita berkaitan
Asyraf Wajdi: Belum cukup dana untuk bayar denda Najib
4 jam lalu· Politik
Najib dijangka jelaskan denda RM50 juta hari ini? – Laporan
6 jam lalu· Politik
Zahid sangkal dakwaan calon BN salah guna jentera kerajaan di Melaka
November 3, 2026· Politik
Armada Bersatu gesa kaji semula pemberhentian hampir 100 pekerja Utusan, Kosmo!
November 3, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Pengasingan AG dan Pendakwa Raya ambil masa setahun, perlu 148 undi MP
November 4, 2026 · Isu semasa
Beras masih cukup, jangan buat pembelian panik: Mohamad Sabu
2 jam lalu · Isu semasa
KBS tak lulus HYROX KL jika tajaan arak tidak ditarik balik
6 jam lalu · Isu semasa
Kes scam: Janji untung 50 peratus, pesara guru rugi RM521,787
6 jam lalu · Isu semasa
Seludup rokok: Datuk antara tiga ditahan SPRM, rasuah polis RM1 juta
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
November 1, 2026
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok