Jangan mahu kuasa tetapi lawan rakan sendiri, Mahfuz bidas UMNO

November 9, 2026 · Politik

UMNO perlu membuat keputusan jelas mengenai hala tuju politiknya, termasuk memilih sama ada mahu terus bersama Kerajaan Madani atau membina kerjasama dengan PAS dan Perikatan Nasional (PN), kata Amanah.

Naib Presiden Amanah, Mahfuz Omar, berkata UMNO tidak sepatutnya terus menikmati kuasa dalam kerajaan Persekutuan sedangkan pada masa sama membina kekuatan politik bersama pihak yang mahu menumbangkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu berani menerima implikasi politik sekiranya memilih PAS dan PN sebagai rakan untuk menghadapi Pakatan Harapan (PH).

“Saya berpandangan sudah tiba masanya UMNO-BN membuat keputusan yang jelas.

“Jika mereka lebih selesa menjadikan PAS dan PN sebagai rakan politik untuk menghadapi PH, mereka perlu berani menerima implikasi daripada pilihan tersebut.

“Jangan terus menumpang kuasa di Putrajaya sambil membina kekuatan politik bersama pihak yang mahu menumbangkan rakan kerajaan sendiri,” katanya dalam kenyataan.

Mahfuz turut membangkitkan tindakan UMNO yang menurutnya sudah tiga kali menunjukkan kecenderungan bekerjasama dengan PN dalam pilihan raya negeri (PRN), meskipun parti itu masih mempunyai kedudukan penting dalam Kerajaan Madani.

Keadaan itu disifatkan lebih janggal apabila Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi, secara terbuka mengkritik kepimpinan Anwar.

Menurut Mahfuz, UMNO sepatutnya menentukan sendiri kedudukannya dalam kerajaan dan tidak perlu menunggu Anwar mengambil tindakan mengeluarkan parti itu daripada Kabinet.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang berkata, tindakan UMNO itu seolah-olah meletakkan Perdana Menteri dalam keadaan serba salah, sedangkan parti berkenaan sendiri dilihat sedang mencari haluan politik berbeza.

“Jika sudah tidak sehaluan, keluarlah dengan bermaruah. Jika sudah memilih jalan lain, beranilah mengaku.

“Jangan terus menumpang kuasa di Putrajaya sambil mengatur percaturan politik bersama pihak yang mahu menumbangkan Kerajaan Madani,” katanya.

Untuk rekod, kerjasama politik antara UMNO-BN dengan PH terbentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 2022 apabila tiada gabungan memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

Kerjasama itu bagaimanapun berdepan pelbagai cabaran susulan perbezaan pendirian politik, khususnya dalam menghadapi pilihan raya negeri dan persaingan mendapatkan sokongan pengundi.

Berita berkaitan
Ismail Lasim dirawat di hospital, keadaan semakin pulih: Bernama
9 jam lalu· Politik
Zahid janji GST kembali jika BN kuasai Putrajaya
9 jam lalu· Politik
Konvensyen Amanah lulus usul bantah tahanan rumah Najib
9 jam lalu· Politik
Penempatan Rohingya: Media antarabangsa lapor kerajaan Turkiye nafi kenyataan Zahid
17 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Saifuddin: Minit pengampunan Najib perlu untuk afidavit AGC dan dinyahklasifikasi
9 jam lalu · Politik
Isu transaksi Jho Low: BNM diminta bertindak terhadap Deutsche Bank
17 jam lalu · Politik
PAS tidak berhasrat sertai PH untuk hadapi PRU-16: Idris Ahmad
November 21, 2026 · Politik
Amanah buka pintu, Bersatu sedia teliti kerjasama baharu: Azmin
November 21, 2026 · Politik
PRU-16: PH boleh pertimbang logo parti masing-masing
November 21, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok