Perintah tahanan rumah Najib dipersoal, siapa sediakan draf? – Tun Faisal

November 9, 2026 · Politik

Tun Faisal Ismail Aziz mempersoalkan kualiti penggubalan perintah mahkamah berkaitan pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Najib Razak, susulan terdapat beberapa percanggahan ayat yang didakwa boleh menimbulkan kekeliruan.

Ketua Penerangan Bersatu itu menyifatkan isu berkenaan bukan berkaitan kuasa Yang di-Pertuan Agong, sebaliknya melibatkan kejelasan kandungan perintah mahkamah yang disifatkan tidak kemas dan sepatutnya disemak dengan teliti sebelum dikeluarkan.

Menurutnya, dokumen berkenaan boleh menimbulkan tanggapan seolah-olah ia bukan dokumen rasmi apabila dibaca buat kali pertama, terutama apabila terdapat penggunaan perkataan yang bercanggah dalam arahan berkaitan lokasi Najib perlu menjalani baki hukumannya.

“Ini Perintah Mahkamah. Bukankah sepatutnya disemak berulang kali sehingga tiada sebarang kesalahan? Nak buat surat rasmi tanpa sebarang arahan pun kita semak berulang kali,” katanya menerusi satu kenyataan di media sosial.

Tun Faisal turut membangkitkan penggunaan perkataan ‘or to’ dalam dokumen berkenaan yang muncul selepas arahan supaya Najib kembali ke Penjara Kajang atau penjara lain ditetapkan Komisioner Jeneral Penjara.

Katanya, susunan ayat itu menimbulkan percanggahan apabila dokumen sama turut menyebut pilihan untuk menjalani baki hukuman menerusi tahanan di rumah.

Beliau mengemukakan beberapa kemungkinan, termasuk kesilapan penyuntingan atau terjemahan, penggunaan teks daripada dokumen lain tanpa penyelarasan sempurna atau kemungkinan ia disengajakan.

Sehubungan itu, beliau menggesa penjelasan diberikan mengenai pihak yang bertanggungjawab menyediakan draf perintah berkenaan.

“Kalau Peguam Negara pun mempertikaikannya, adakah bermaksud yang membuat draf ini bukan daripada pihak kerajaan?” soalnya.

Pada masa sama, Tun Faisal berpandangan persoalan lebih besar yang perlu dijawab ialah mekanisme pelaksanaan tahanan rumah, termasuk perbezaannya dengan hukuman penjara biasa.

Beliau mahu pihak berkaitan menjelaskan peraturan kehidupan harian Najib sepanjang menjalani tahanan rumah, termasuk pergerakan, aktiviti yang dibenarkan, kunjungan pelawat serta pihak yang bertanggungjawab memantau pematuhan syarat berkenaan.

Selain itu, beliau turut meminta penjelasan mengenai syarat khusus yang dikenakan terhadap Najib sepanjang menjalani baki hukuman di rumah, selain kewajipan membayar denda.

Isu itu kembali menjadi perhatian selepas timbul pertikaian mengenai pelaksanaan titah adendum yang dikaitkan dengan pengampunan Najib, yang membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan rumah.

Najib sebelum ini dijatuhi hukuman penjara dan denda dalam kes penyelewengan dana SRC International. Perkembangan berkaitan titah adendum dan pelaksanaan tahanan rumah mencetuskan perdebatan mengenai kuasa pengampunan, proses perundangan serta mekanisme penguatkuasaan hukuman.

Tun Faisal berpandangan persoalan yang dibangkitkan itu perlu dijawab secara terbuka supaya rakyat memahami kedudukan sebenar dan pelaksanaan tahanan rumah berkenaan.

Berita berkaitan
Saifuddin: Minit pengampunan Najib perlu untuk afidavit AGC dan dinyahklasifikasi
8 jam lalu· Politik
Konvensyen Amanah lulus usul bantah tahanan rumah Najib
8 jam lalu· Politik
Isu transaksi Jho Low: BNM diminta bertindak terhadap Deutsche Bank
16 jam lalu· Politik
Amanah buka pintu, Bersatu sedia teliti kerjasama baharu: Azmin
November 21, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Ismail Lasim dirawat di hospital, keadaan semakin pulih: Bernama
8 jam lalu · Politik
Zahid janji GST kembali jika BN kuasai Putrajaya
8 jam lalu · Politik
PAS tidak berhasrat sertai PH untuk hadapi PRU-16: Idris Ahmad
November 21, 2026 · Politik
PRU-16: PH boleh pertimbang logo parti masing-masing
November 21, 2026 · Politik
Jangan pertahan pemimpin rasuah kerana sebangsa: Mat Sabu
November 21, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok