Pengampunan Najib bukan pemutihan kesalahan, jangan lupa skandal 1MDB: Mahfuz

November 11, 2026 · Politik

Pengampunan bersyarat terhadap Najib Razak tidak seharusnya ditafsirkan sebagai penghapusan kesalahan jenayah atau memadamkan sabitan beliau dalam kes SRC International.

Naib Presiden Parti Amanah, Mahfuz Omar berkata, bekas Perdana Menteri itu masih kekal sebagai individu yang disabitkan kesalahan oleh mahkamah, meskipun mendapat pengurangan hukuman dan kebenaran menjalani baki tempoh pemenjaraan menerusi tahanan rumah.

Menurutnya, perubahan daripada penjara kepada tahanan rumah tidak mengubah rekod sabitan jenayah yang telah diputuskan oleh mahkamah.

“Penjara bertukar menjadi rumah. Tetapi sabitan jenayah tidak bertukar menjadi rekod kesucian. Inilah hakikat yang rakyat mesti faham dan jangan sesekali lupa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mahfuz turut mempersoalkan tindakan pemimpin UMNO, Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) yang dilihat meraikan Najib seolah-olah pengampunan itu satu kemenangan politik.

Beliau berkata, UMNO berhak memberikan sokongan kepada bekas presidennya, namun parti itu perlu menjelaskan pengajaran yang diambil daripada skandal SRC International dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Katanya, persoalan utama ialah sama ada UMNO benar-benar mahu membina budaya politik baharu berteraskan integriti atau sekadar berusaha mendapatkan semula kuasa tanpa menyelesaikan kelemahan tadbir urus masa lalu.

“Adakah UMNO benar-benar mahu membina budaya politik baharu yang menjunjung integriti, atau sekadar mahu mengembalikan kuasa tanpa menyelesaikan persoalan budaya dan amalan politik masa lalu?” soalnya.

Mahfuz berkata, hasrat UMNO untuk kembali menguasai Putrajaya perlu dinilai berdasarkan rekod integriti serta komitmen parti itu memastikan penyalahgunaan kuasa dan skandal kewangan tidak berulang.

Beliau turut mengingatkan rakyat supaya tidak membiarkan pengampunan dirujuk sebagai penghapusan kesalahan sehingga individu yang pernah disabitkan kesalahan jenayah diraikan sebagai wira politik.

Bagaimanapun, beliau menegaskan pihaknya menghormati kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong, namun penghormatan itu tidak bermaksud rakyat perlu melupakan keputusan mahkamah.

“Kita menghormati kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong. Tetapi menghormati pengampunan tidak bermakna kita mesti melupakan kesalahan yang telah diputuskan oleh mahkamah,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Najib sebelum ini diberikan pengampunan bersyarat yang menyaksikan hukuman penjara dan denda dalam kes SRC International dikurangkan. Beliau turut mendapat perkenan menjalani baki hukuman menerusi tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Mahfuz menegaskan Putrajaya bukan hadiah kepada mana-mana individu atau parti politik, sebaliknya amanah rakyat yang perlu diberikan kepada pemimpin dengan rekod integriti yang meyakinkan.

“Negara ini tidak boleh bergerak ke hadapan dengan budaya politik yang mengajar rakyat kesalahan boleh dilupakan apabila pelakunya kembali mendapat sokongan dan kuasa,” katanya.

Berita berkaitan
Saifuddin: Minit pengampunan Najib perlu untuk afidavit AGC dan dinyahklasifikasi
12 jam lalu· Politik
Ismail Lasim dirawat di hospital, keadaan semakin pulih: Bernama
12 jam lalu· Politik
Zahid janji GST kembali jika BN kuasai Putrajaya
12 jam lalu· Politik
Konvensyen Amanah lulus usul bantah tahanan rumah Najib
13 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Isu transaksi Jho Low: BNM diminta bertindak terhadap Deutsche Bank
20 jam lalu · Politik
PAS tidak berhasrat sertai PH untuk hadapi PRU-16: Idris Ahmad
November 21, 2026 · Politik
Amanah buka pintu, Bersatu sedia teliti kerjasama baharu: Azmin
November 21, 2026 · Politik
PRU-16: PH boleh pertimbang logo parti masing-masing
November 21, 2026 · Politik
Jangan pertahan pemimpin rasuah kerana sebangsa: Mat Sabu
November 21, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok